Tuesday, September 24, 2013

books cafe


untuk entry ni aku harap aku pandai melukis sebenarnya. tapi itu tidak mungkin berlaku hahaha. jadik google images bersedia akan ku geledah gambar-gambar mu bebeh. kenapa nak kena pandai melukis??sbb bak kata tahir entry ni akan nampak comel klu ada sketch. ya, maybe :)

entry berangan mmg la nampak comel ja suma. aku berangan nak bukak cafe yang ala-ala sekret resepi tapi bukan la mcm sekret resepi sangat. cuma cafe yang cute dengan simple menu. dlm erti kata lain menu yang aku reti masak la.

wahhhhhh angan-angan tak kalah hahaha. nampak sangat nak bukak kedai makan yg menunya benda aku suka makan ja ngek!!so apa menu simple yang konon aku reti buat??? 

1st wraps. senang dan cepat tapi sedap. aku makan yang  jieha buat dan kemudian mintak resepi nak bawak masa jamuan kat opis. sejak tu aku dah mula berangan nak bukak cafe yg  ada menu wraps ni hehe..




then sandwich. klu nak ikut tak pernah la aku buat sandwich yang cengini rupanya. paling hebat pernah buat sandwich sardin dengan telur haha. tapi sejak aku duk melayan food network channel kat astro tu terberangan la pulak cafe aku kena ada menu camni kahkah..






lepas tu meatballs. masuk dlm list angan-angan lepas aku try buat resepi ala meatballs ikea aritu ekekekeke. cuma aku gigih nak try buat meatballs sendirik jalah. taknak guna yg frozen punya tuh..biasa la berangan nama pun ~




seterusnya spaghetti!! spaghetti adalah makanan bukan melayu pertama yang aku cuba masak tapi guna prego. stended ler haha. cuma sekarang bila dah selalu buat pandai la jugak ubah ikut sedap hati aku. yes lidah melayu so extra pedasss yeahhhh!!




potatoes wedges. entah tetiba ja wujud menu kentang dlm list aku. janji senang. kiranya cafe aku ni suma benda senang aku nak masak ja lah. mungkin sebab aku penah cuba kentang ala melayu style resepi kak siti opismate yang buleh tahan sedap jugak la :)





then sampai ke part yang aku tak minat nak masak tapi kena ada dlm menu. memandangkan aku tau tahir, minat bab-bab cookies and cakes ni so aku berangan nak lantik dia jadik partner aku yang keja dia selain kira duet kena kira berapa kilo tepung dan gula. buleh???hahaha



serius  sapa reti buat biskut german ni??aku nk makan!!


dan last sekali reka bentuk cafe idaman aku tu. bila masuk part ni lah yang buat aku harap aku pandai melukis. nampak klu dah buleh berangan??hahaha. aku dapat idea tu dari citer korea cuma aku tak ingat drama or music video. ala-ala books cafe. ada buku elok ja tersusun kat rak dlm cafe tu. well lebrian kan? ahaks..


letak lepas nad sebut haahaha..


p/s : sikit ja menu??habis klu byk  nampak sangat aku kuat berangan hahaha.gambar suma amek kat google ye  :)

Thursday, September 12, 2013

flower boy


masa duk scroll- scroll fesbuk aku terperasan gambar  song joong ki. gambar sebijik macam ni




 aku konpius sat, sejak bila plak aku fren ngn flower boy koreanya. but then aku sedar itu hanya ilusi. aku kawan dengan ticer yun bukan song joong ki. 

ok yun akhirnya aku tau ideal type ang camna.. jambu ye?? patut la sambil buat keja sambil dengar lagu adik najwa latip  ~ i m sorry i love u ~ gitewwwwwwww


p/s : ampun yun aku boring sangat kat opis neh..sekali sekala ang jadik mangsa kira halai la  kan hahahaha

Saturday, September 7, 2013

mari selamatkan blog

ya masa untuk selamatkan blog dari tak update dengan entry makanan. kali ni resepi dari queen of masak-masak jieha. aku baru ja bagi mama bella ni gelaran queen of masak-masak lepas try resepi carrot spring roll dia yg ya Allah sedap sangat. 

spring roll tu nama omputih tapi nama melayu dia apa lagi roti gulung karot la kahkah. sbb tak mau nampak mcm popia disebalik nama spring roll jieha cakap buleh jugak pakai roti gardenia. tp klu nak pakai kulit popia pun takdak masalah. dua-dua insyaAllah sedap!!

so bahan-bahannya simple. roti gardenia yg dilenyek-lenyek bagi nipis, isi ayam potong kecik-kecik, carrot lagi byk lagi best tapi make sure parut nipis memanjang, bawang merah dan bawang putih , rempah kari sikit, serbuk cili sikit untuk yg suka pedas, lada hitam sikit biasa la jieha masak apa pun mesti letak punya and garam. 

cara-cara tumis bawang sampai naik bau, masuk ayam, serbuk kari, cili, black pepper and garam. dah masak ayam tu masukkan carrot sampai agak-agak layu sikit. then amek roti yang dah elok punya kena lenyek tadi sudukan inti dan gulung. 

untuk makesure inti ayam tu tak terburai sila la lekatkan dengan telur. last step lepas dah habis gulung celup roti dlm telur  dan goreng. tak yah lama sangat sbb inti ayam tu mmg dah masak cuma nak garingkan roti tu sikit ja. 

akhir sekali sila potong dua  roti tu senget-senget dan picitkan cheezymayo or thousand island atas dia. masalahnya masa buat aku tadi thousand island dah tinggal botol. cheezymayo mmg tak pernah wujud dalam peti ais rumah aku. simple kan??tapi rasa sangat sedap so cuba la ;)



 

 p/s biar rupa buruk tapi rasa sedap..ayat kaber mcm selalu kuang2..