Saturday, September 7, 2013

mari selamatkan blog

ya masa untuk selamatkan blog dari tak update dengan entry makanan. kali ni resepi dari queen of masak-masak jieha. aku baru ja bagi mama bella ni gelaran queen of masak-masak lepas try resepi carrot spring roll dia yg ya Allah sedap sangat. 

spring roll tu nama omputih tapi nama melayu dia apa lagi roti gulung karot la kahkah. sbb tak mau nampak mcm popia disebalik nama spring roll jieha cakap buleh jugak pakai roti gardenia. tp klu nak pakai kulit popia pun takdak masalah. dua-dua insyaAllah sedap!!

so bahan-bahannya simple. roti gardenia yg dilenyek-lenyek bagi nipis, isi ayam potong kecik-kecik, carrot lagi byk lagi best tapi make sure parut nipis memanjang, bawang merah dan bawang putih , rempah kari sikit, serbuk cili sikit untuk yg suka pedas, lada hitam sikit biasa la jieha masak apa pun mesti letak punya and garam. 

cara-cara tumis bawang sampai naik bau, masuk ayam, serbuk kari, cili, black pepper and garam. dah masak ayam tu masukkan carrot sampai agak-agak layu sikit. then amek roti yang dah elok punya kena lenyek tadi sudukan inti dan gulung. 

untuk makesure inti ayam tu tak terburai sila la lekatkan dengan telur. last step lepas dah habis gulung celup roti dlm telur  dan goreng. tak yah lama sangat sbb inti ayam tu mmg dah masak cuma nak garingkan roti tu sikit ja. 

akhir sekali sila potong dua  roti tu senget-senget dan picitkan cheezymayo or thousand island atas dia. masalahnya masa buat aku tadi thousand island dah tinggal botol. cheezymayo mmg tak pernah wujud dalam peti ais rumah aku. simple kan??tapi rasa sangat sedap so cuba la ;)



 

 p/s biar rupa buruk tapi rasa sedap..ayat kaber mcm selalu kuang2..

10 comments:

  1. sedap.. lapaq.. hanto ke Sepang!!

    ReplyDelete
  2. nak try jugak la..hehe..

    dah jadi bini2 ni rasa berdosa gila bila x masak..adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kena try...sure dia puji punya sbb sedap heehehe

      Delete
  3. rupa dah up dah..xburuk sangat.kih3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh serius??tgk cikgu ar kan hahhhaha

      Delete
  4. Aku ada baca entry ko ni aritu tapi aku tak sempat nak komen. Then aritu aku ada singgah kat satu gerai ni. Dia jual sebijik camni, terus aku teringat kat ko! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tak dia jual tu??hahahhaa..tetiba rasa ada persain even belom start bukak cafe kahkah..berangan sakan hahahaha

      Delete