Wednesday, December 11, 2013

dan sebenarnya jodohku


amacam tajuk??ada rasa nk click laju2 baca? atau lepas baca nanti ada rasa nak tampaq aku laju2???ekekkeeke..aku dapat idea ni masa kena paksa dengan opismate aku teman dia cari pelamin. ya lagi dua minggu nak kenduri kemarin baru terhegeh2 cari pelamin bagai.

ha itu la gedik nak buat suprise la konon, last minute baru nak prepare nah rasakan..kelam kabut. dah tu malu nak pi butik pengantin sorang-sorang. lepas tu ikut aku sampai depan pintu toilet ajak teman..agak-agak ar bila dah sampai depan pintu toilet punya merayu, aku pun cakap yalah-yalah tapi dengan syarat BAGI AKU MASUK TOILET DULU!!

masa aku langkah ja masuk butik pengantin tu aku cuba ingat balik berapa kali dah sebenarnya aku ni masuk butik pengantin??  1st time aku masuk butik  pengantin dengan cikgu mahfuzah. masa tu dia ajak teman survey-survey untuk wedding dia. siap ada entry pre wedding tu.excited bestfren nak kawen la katakan..

lepas tu giliran jieha buat aku masuk butik pengantin lagi. kali ni jadik drebar bawak dia pergi makeup. lama jugak la tgu makeup dia siap sampai habis aku khatam album baju pengantin, makeup pengantin, pelamin , meja makan dan jugak hiasan bilik tdoq. kiranya klu ada soalan exam pasal berapa harga pakej kedai pengantin kompom2 aku betul suma hahaha..


entah tak tau nak letak gambar apa.tak kan mak andam kot kan??


then dengan meinn. kawan baik masa sekolah atau sebenarnya kawan yang aku selalu tiru homework dia wakakaaka. so bila dia kawen aku balas balik la jasa dia bagi aku tiru homework dia dulu dengan temankan makeup sampai siap kuikui..tak lah, main-main ja. kawan baik namapun apala salahnya masuk butik pengantin lagi tgu dia dimakeup kan..sweet kan aku ;P


dan sekali lagi aku masuk butik pengantin bila mia decide nak kawen. ini bukan sekali rasanya tapi berkali2 aku turun naik butik pengantin dengan dia survey. bila dah dapat yg berkenan berkali jugak aku teman dia pi fitting sebelum aku jadik drebar dia untuk makeup hari nikah and kenduri.

next aku rasa dengan kak ina kot. survey baju pengantin untuk anak dia. bila aku pi dengan kak ina tanpa anak dia mula la aku jadik sasaran mak andam ingat aku yang beria nak kawen padahal aku teman ja pun macam selalu. tapi aku cool cakap oh tidak,tidak bukan saya!!

neh kawan aku sue duk tanya bila aku free nak ajak kuar cari baju nikah..erkkkkkkkk aku lagi..itu mujur epalejau duduk sabah klu tidak kompom pijak jugak aku butik pengantin dengan dia hahaha..dah tu acaner aku tak letak tajuk dan sebenarnya jodohku ..... mmg dengan butik pengantin even aku tak kawen-kawen pun wakakaka..



p/s :  pada yang nak komen aku plak bila maap aku tak leh jawab sbb aku tak punya jawapan untuk soalan dengan siap heh..

Saturday, December 7, 2013

blogger jemputan dua

tahun lepas aku ada buat satu entry blogger jemputan tajuknya. entry yang anak buah aku aliya taip pasal cerita dia buat burger. masa tu dia darjah satu. tahun ni aku bagi sekali lagi peluang dia kuar entry.


masuk darjah dua, dah up skill masak-masak dia wahhhh. kali ni dia nak share resepi ice cream bread. tak tau lak aku budak ni dah reti pakai mixer. selama ni aku ingat dia cakap ja lebih dia pandai buat kek pisang bagai. 


maklum la duduk sabah cuti sekolah panjang baru balik kampung. tapi tahun depan jadik org perak pulak. mak bapak dia dah dpt pindah balik sini. jangan heran la lepas ni sikit-sikit kuar entry blogger jemputan tiga, empat, lima dan seterusnya ekekekeke..


so moh tgk tatabahasa budak darjah dua. klu nak dibanding masa dia darjah satu aritu, kali ni aliya dah kenal and reti guna koma hahaha. aritu ramai komen mana koma la kan. kali ni bukan koma dengan titik2 dia terlebih pakai. fesbuk banyak sangat budak neh ishhh..



Roti aiskrim



bahan-bahan:

aiskrim 2 cawan,tepung naik sendiri 1 1 /2 cawan ........


cara-cara :

mula-mula cairkan aiskrim,selepas itu, masukkan aiskrim ke dalam bekas, kemudian masukkan 1 1/2 cawan tepung naik sendiri, putar sampai sebati,akhir sekali masukkan roti aiskrim kedalam oven selama 40 minit.



SELAMAT MENCUBA.....




p/s simple kan resepi??nak  original resepi sila masuk sini