Saturday, December 7, 2013

blogger jemputan dua

tahun lepas aku ada buat satu entry blogger jemputan tajuknya. entry yang anak buah aku aliya taip pasal cerita dia buat burger. masa tu dia darjah satu. tahun ni aku bagi sekali lagi peluang dia kuar entry.


masuk darjah dua, dah up skill masak-masak dia wahhhh. kali ni dia nak share resepi ice cream bread. tak tau lak aku budak ni dah reti pakai mixer. selama ni aku ingat dia cakap ja lebih dia pandai buat kek pisang bagai. 


maklum la duduk sabah cuti sekolah panjang baru balik kampung. tapi tahun depan jadik org perak pulak. mak bapak dia dah dpt pindah balik sini. jangan heran la lepas ni sikit-sikit kuar entry blogger jemputan tiga, empat, lima dan seterusnya ekekekeke..


so moh tgk tatabahasa budak darjah dua. klu nak dibanding masa dia darjah satu aritu, kali ni aliya dah kenal and reti guna koma hahaha. aritu ramai komen mana koma la kan. kali ni bukan koma dengan titik2 dia terlebih pakai. fesbuk banyak sangat budak neh ishhh..



Roti aiskrim



bahan-bahan:

aiskrim 2 cawan,tepung naik sendiri 1 1 /2 cawan ........


cara-cara :

mula-mula cairkan aiskrim,selepas itu, masukkan aiskrim ke dalam bekas, kemudian masukkan 1 1/2 cawan tepung naik sendiri, putar sampai sebati,akhir sekali masukkan roti aiskrim kedalam oven selama 40 minit.



SELAMAT MENCUBA.....




p/s simple kan resepi??nak  original resepi sila masuk sini 

3 comments:

  1. Tak paham. Yang dia gitau pasal aiskrim nye jer nak buat gitu nak buat gini. Roti dia nak buat ape? Tetiba masuk roti aiskrim dalam oven. Waaaa tak paham. Semangat dah ni nak buat hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal aku bagi link original resepinya..dia salah tulis masuk roti ais krim dlm oven sepatutnya masuk bancuhan (ais krim+tepung naik sendirik) dlm oven then bila dah masak baru la jadik roti ais krim..hahaha aku pun baru perasan lepas baca komen ko neh ..

      Delete
    2. Ohoooo paham dah. Paham dah. Semangat dah ni nak buat heheehe.. ;)

      Delete