Thursday, January 30, 2014

second hero


perghhhhhhhhhh hebat tul ariana rose. sekali tiga, tiga ok jejaka hot bekenan kat dia. haha bunyik perghhhh tu mcm follower tegar ariana rose. padahal tengok pun sekali sekala. dah la tak penah habis sejam lak tu. tapi well tak susah pun nak faham ceritanya heh..

sebut pasal jejaka hot dlm drama mesti ada mcm second hero yang habis kacak, baik, macho, cool, romantik, sanggup berkorban tapi hujung-hujung heroin sengal pilih jugak hero yang perangai mcm ngek la kan tapi kerana cinta eh tak tapi sbb dia pelakon utama mesti la dpt kat heroin. baru lah hepi ending namanya. 

contoh mcm ariana rose , kemon la haris tu lagi hensem, cool, baik , rela kena asid, bekenan gila-gila dekat ariana tapi script tulis ariana kawen dengan adam jugak. giler klu pengarah tu buat ending ariana kawen dengan haris ada jugak tv kena bakar dek fans tengku adam kang wakakakaka..




lepas tu aku teringat zaman aku sekolah dulu. zaman drama leleh korea. autumn in my heart. serius cakap la won bin  dah la hensem, kaya, berkorban demi heroin tapi tetap heroin nak dekat hero. sanggup melawan mak bapak sbb nak jugak kawen dengan hero. won bin yg setia kacak bergaya tu  selamba kena reject aih laaa...




budak - budak  pempuan zaman sekolah dulu kalau tak layan meteor garden tipu lah. aku tak caya ok nak-nak yang kaki layan citer cina petang-petang. ni satu lagi masalah dengan second hero. selamba jugak kena reject dgn heroin. huduh mcm mana pun perangai hero tetap heroin jatuh cinta jugak. then pura-pura kental konon si vic tu padahal hati cedera teruk..




dah tgk versi taiwan mesti tertengok versi korea punya F4 ekekkkee. ok aku pernah tengok boys over flower  tapi aku rasa mengada-ngada pulak la ceritanya. dah tajuk boys over flower mmg sah la jambu-jambu suma yg berlakon tu tapi paling jambu mesti la second hero. paling jambu pun last-last heroin pilih hero yg rambut kerinting tu jugak..hero la katakan..second hero tu kemudiannya konon angel habis la kan nak protect heroin dari jauh kahkah...






terbaru aku tengok the inheritors. second hero bukan muka jambu tapi aku rasa watak mamat tu style gak ar. cool, rilek, jahat sikit tapi hati baik sebenarnya..and stended la mesti la ada benda dia buat demi heroin utk buat org yg tengok mcm aku rasa arghhhhhh why heroin tak pilih dia hahaha...sori fans kim tan ;P





ok itu ja drama yang aku ingat ada second hero..lain-lain aku tak ingat drama apa. klu ada pun errr nanti berderet cerita korea hahaahaha. nk buat camna memori aku tengok drama korea lagi banyak dari tengok drama melayu. itu pun dah kira kurang sangat aku tengok drama korea sekarang. ada la satu dua klu rajin..drama melayu kira ok la tu aku tertengok jugak kadang-kadang even tak pernah habis la kan heh..


p/s : ada lagi drama lain yg best 2nd hero nya best tak??meh share sikit ;)..errr klu ada yg baca la kan muhahahha..


Saturday, January 25, 2014

salah epalejau


ini suma salah epalejau. tak pasal-pasal intro menyalahkan orang tetiba kahkah


tapi mmg salah dia pun. sapa suruh dia post benda sedap kat fesbuk. 


dah la dia pandai amek gambar bagi nampak cantek dan lazat 


gini punya gambar. lunch konon!!





gulp!!


arghhhh tak leh jadik nih.  tak leh jadik!!


 jadik aku bertekad!!!


 nah dinner aku hahaha





maybe tak cantek mcm makcik kantin epalejau tu buat  


gambar plak tak cun mcm epalejau amek. well bab2 seni aku mmg kalah..


tapi at least aku cuba ok  ;P


p/s : roti jala ja buat sendirik gulai ayam kompom la mak aku yg masak..pakar tuh hehe..

Sunday, January 19, 2014

meleleh


tengah-tengah malam kalau tak reti nak tdoq awai jangan duk gatai tangan belek gambaq lama. 


silap-silap buleh meleleh oooooo..


apa??ingat tengok gambaq boifren lama ka??


sori sikit, silap blog ar hahahha


meleleh air liur tgk waffle lah!!




dapppppppppppp ooo..


errr famous waffle tak bukak 24 jam ka???hehe


p/s :  "makanan halal dan berkat keutamaan kita" gituuuuuuu!! mcm famous waffle bayar aku suruh promosi la pulak ekekeke tapi betul sedap :)

Monday, January 13, 2014

cuba teka

librarian tempat kejanya dah tentu-tentu library. kat library suma tau mesti ada buku. tapi buku tu kadang2 jadik perhiasan sbb takdak orang baca apatah lagi pinjam. kesian kan???

tapi tu la nasib buku. mahal gilerrrrrrrrrrr tapi tersadai dekat rak. tak mcm newspaper. murah tapi hot. kalau tak cop or tulis tu harta library kompom hilang orang buat harta sendirik. itu biasa. lepas tu gigih la librarian sorang tu jadik csi siasat dekat mana paper tuh haihhh...

dan biasa jugak klu librarian sorang tu pegang buku jarang nak ada kawan2 dia sama-sama baca or ulas buku tu ramai-ramai bagi pendapat. nampak sangat buku tak hot mcm newspaper tadi. gitu la nasib jadik benda tak femes.

lain dengan benda hot mcm newspaper. samaada librarian tu baca atau kawan-kawan dia baca sure akan ada benda yang nak dibincang or diulas secara spontan tambah-tambah bila terselak page hiburan. well pempuan ~

biasalah page hiburan kompom kuar gambar artis-artis pempuan yang cun-cun mcm nora danish, emma maembong, erra fazira, fazura, tizz zaqiah, neelopak, lana nordin eh??

then akan ada suara yang cakap canteknyaaaa..difollow dengan suara cakap alah biasa la makeup mesti la cantek. cuba tak makeup entah-entah biasa ja. dan selalunya librarian sorang tu akan tambah itula makeup. mcm kita lah klu makeup mesti lawa jugak. kbai..




p/s : ada hati klu makeup buleh sama cantek mcm si emma neh.librarian mana tu weh??cuba teka kahkah..maap sbb tabah baca entry merapu teruk aku ;P


Saturday, January 4, 2014

bambam

hepi new year suma!!!azam 2014??? bab2 azam aku tak mau update.suma tu cliche hahahaha..tapi bab makan tak apa. itu paling best dan mudah aku nak update...apa pun pada yang pasang azam gudluck bebeh :)

sebut pasal makan arini setelah sekian lama tak jumpa, tinggalkan uitm, duduk luar kedah akhirnya dapat jugak kumpul ramai-ramai. even tak suma ada tapi yg 7 orang ni pun dah buleh buat hilang stress, sembang tak hengat and paling best makan sampai mengah or bak kat yun sampai tebunkang wakakaka.
 

single society. jieha maap bella bukti ang bukan single society lagi dah ngeh2..


dah pilih gathering dekat seoul garden sendirik mau hengat la level mana tahap melantaknya hahahhaa..jangan tanya la sapa champion makan tadi???tahir pun kalah kot arini. tu sbb tak berapa nak sehat sangat. klu betul-betul sehat dan tak yah jumpa doktor esok belum tentu dia menyerah kalah dengan aku rasanya wakakkaka.


dan bila gambar-gambar kami 7 orang ni terlepas dalam fesbuk banyak la komen2 jeles yg kuar termasuk jugak komen cakap aku bambam kahkah. kemon la champion makan kot jgn heran la asal bambam sekarang. dulu waktu study menapak pergi kelas sekarang duduk dlm aircond hadap pc .tapi berat aku still dlm berat ideal. belum cecah maksimun 54kg lagi untuk ketinggian aku heh..


p/s : errr berat aku lagi 2kilo nak cecah 54kg sebenarnya haahahaha..