Friday, April 4, 2014

seperti dijepun ;)

tiap-tiap pagi aku akan lalu jambatan semeling nak pi keja. yg pernah study uitm merbok mmg tau sangat la jambatan tu. cantek ooo view. so turun dari jambatan tu akan ada traffic light simpang empat yang sebenarnya suma jln tetap akan menuju ke sg petani. bezanya ada pilihan nak jln sesak or kurang sesak dan buleh laju supaya sampai opis ngam-ngam pukul 9 ehehehe..

so aku akan pilih jalan yang kurang sesak. maksudnya belok kanan. hari-hari lalu jln tu perasaan aku sama ja. kisah apa sangat kiri kanan . tapi sekarang aku rasa lepas belok ke kanan perasaan tu mcm dari malaysia tetiba terus masuk ke jepun wakakaka. 

hebatkan imaginasi??hahaha..tau kenapa??sbb sepanjang jalan tu penuh dengan bunga sakura. entah tak tau lak aku nama apa pokok tu tapi rupanya mcm bunga sakura ja aku tgk. bunga kembang sepanjang jln warna pink and putih. yang dh gugur ke tanah pun nampak cantek haahaha. teruk sangat dah teruja. maklumlah dah rasa mcm kat jepun ;)

tambah2 waktu pagi. mmg menikmati sungguh la pemandangan. hati ni teringin nak ambik gambaq tapi agak-agak la tengah drive kot. mcm aku cakap tadi la jln tu mmg keta laju-laju. alamat kena jeling la klu duk feeling bechenta masa drive kat situ.

tapi nak berenti tepi jalan ambik gambaq tak gigih la pulak. segan pun ada nampak mcm gigih benar. hari-hari lalu tak pernah aku nampak orang berenti ambik gambaq sehinggalah petang tadi. ada satu chinese couple ni elok ja ambik gambaq. rilek ja tak kisah pun keta  lalu lalang. siap parking keta tepi jln. tersengih aku tengok. kompom feeling kat jepun letewww haahahaha...
 


camni la lebih kurang pokok sakura tu..sepanjang jln camna la aku tak rasa kuar malaysia masuk jepun kuikui..gambar ni ambik dari blog epalejau. aku ingat lagi entry para-para sakura ko had ;P



p/s : antara winter, summer , autumn and spring aku pilih spring. cantek :)


8 comments:

  1. Hahaha itulah. Gambar kat atas tu pun gambar kat Sabah, bukan gambar kat Jepun. Melesia ni cantek sebenornya. Takyah jauh2 nak gi Jepun bagai. Kan? Hehe.

    By the way, aku teringat dulu. Aku on the way gi sekolah memang akan kabus ala-ala atas gunung kinabalu gitu. So dalam malu-malu macam ko tanak gigih turun amek gambar, aku tak mampu tahan. Cantik sangat. So turun jerla amek gambar. Mau sebulan aku kena bahan oleh cekgu yang nampak aku turun amek gambor tu. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kat sabah..bunga sakura tu skrg mmg musim dia kot..suma negri aku rasa ada..cantek kan ;)

      hahaahaa sbb tu tak berapa nk rela berenti..klu ada yg nampak mmg siap la bahan..tp aku rasa depa pun tingin ja nak ambik gambaq tu ..feeling jepun kot wakakaka..

      Delete
  2. new zealand sabah pun ada..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha itu kat sabah ja..negri lain mmg xde..klu nk feeling new zealand kena gi sabah ehehheee...:)

      Delete
  3. spring? ko nak buat hapa ngan spring tu.... takpa, ankel ada banyak... kalu nak amik ja kat umah ankel.....

    ada spring motor, spring kusyen, spring tilam... pendek kata.. berbagai-bagailah... akekekekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. mati akal nak jawab soalan ankel neh ahahahahaha...baru rasa nk feeling jepun sikit kuikui..apa ankel buat simpan spring bagai2 jenis tu??;P

      Delete
  4. hok aloh.... cik nota jiwang.. wek2.. hehehe^^

    ReplyDelete