Saturday, May 24, 2014

kali pertama


mai dah mood nak update biar pun org cakap blogging sekarang dah tak 'in' ekekkekke..biasa la bila aku dh start entry makanan kompom lepas tu entry  makanan jugak kuar hahahaha. 

kat malaysia ni kan ada ka orang yang tak suka makan nasik lemak??klu tak suka ohh dia dasat. aku??? jgn tanya la mmg feberet la nasik lemak neh cuma tak pernah aku masak sendirik. 

arini buat pertama kalinya aku nak cuba masak nasik lemak. ni takdak kena mengena dengan rakyat msia yg menang master chef sbb nasik lemak tu okeh. nampak??org putih pun suka nasik lemak kita. 

cuma tetiba ja rasa eh benda lain lasagna, pizza kemain lagi try buat. tapi nasik lemak yg konon feberet sedap tak terkata tu tak pernah sekali pun  rasa nk try.. lagipun biasa la bila perangai gigih aku tu muncul  mmg apa jadik pun aku tekad buat muhaha.

yalah kan, mana la tahu klu sedap nanti-nanti masa depan leh bisnes nasik lemak pulak. mcm mak tahir sedap kot nasik lemak kedai mak dia. ehem biasa la tolong promosi sbb aku selalu mkn free wakakkaka.

bab berangan mmg A la kan hahaha. so untuk percubaan kali pertama aku rasa ok la kot..tulis sedap kang ada yg cakap puji diri sendirik pulak kuikui..



huduh pulak ambik gmbr memanjang camni..


 p/s :esok final badminton..teringat zaman tgk ramai-ramai dlm bilik tv kolej hahaha..memori :')


Saturday, May 17, 2014

kena gigih demi sedap

aku suka gak la makan lasagna. masih ingat masa 1st time makanan menatang alah ni. ya Allah reaksi muka waktu tu mmg over ok hahaha. tapi setakat makan la tak pernah lak aku rasa nk cuba buat lasagna. at least pizza aku pernah cuba buat. 

bukan apa bila aku tengok resepi lasagna ni aku dah nampak leceh lantas terus aku cakap malas lah dan kemudiannya pangkah terus website tuh kahkah. huduh perangai..itu dulu sekarang tak. aku kaji balik suma resepi-resepi lasagna neh. rupanya mmg leceh tapi kita kena gigih demi makanan yg sedap muhahaha. 

mau tak leceh tengok la bahan-bahan yg kena ada nak buat lasagna neh. dari  kiri aku kenalkan susu segar, cheddar cheese, mushroom, butter, bawang merah, bawang putih, instant lasagna, tepung gandum, prego, daging kisar, pepper, oregano dan mozzarella cheese. parmesan cheese aku tak beli. cukup la dua kopak la duet nak beli satu lagi cheese hahaha..





yang banyak tu bukan apa. nak kena buat dua sos. sos merah and sos putih. sos merah tu klu sapa tau buat spaghetti takdak hal. mmg mcm buat sos spaghetti. sos putih tu senang ja sebenarnya. main campak ja butter, cheese, tepung, susu, garam dah siap.

bila dah siap susun selang seli sos merah and sos putih dengan instant lasagna yg dah dicelur dulu. dah siap susun apa lagi tabur lah mozzarella ka cheddar ka parmesan ka biar meleleh baik punya masa bakar. bakar 30 minit suhu 180 dan hasilnya buleh makan sampai muak wakkakkaakkaa. 


 nak dpt bentuk camni kena tgu sejuk dulu. panas-panas potong mmg tak jadik la 

so gigihkan la diri anda demi makanan yg sedap. gigihkan jugak poket anda hahahaha kbai :)....


p/s : sendirik update sendirik baca nampaknya sekarang neh ..konon ramai baca dulu tu kekekkekkee


Sunday, May 4, 2014

apa yg aku tak simpan ??? ;P

bukak facebook pagi tadi dapat notification jiha tagged gambar bella pakai stoking sebelah lain. tersengih terus sbb teringat itu hadiah dari cikgu mahfuzah masa nak habis diploma dulu. dekat-dekat hujung semester lepas exam dia kuarkan stoking dengan sarung tangan baby yg dia jahit nama kami satu geng. tapi masing-masing dapat sebelah ja ;)

bella syok golek dengan sock maklong pooh dia hahaha

aku pun apa lagi selongkar habis almari cari album gambar sebab aku rasa aku simpan dlm tu. dan tadaaaaaa bersih suci elok ja dlm tu. cuma jieha dapat sock aku dpt sarung tangan..bayangkan dapat benda ni masa part 6 diploma. masa tu tahun 2006 tapi sampai sekarang kami simpan hahaha. oh memori sangat!!


sweet kan cikgu mahfuzah??dia jahit sendirik ooo :)

tapi yang bestnya ehem dlm album aku tu kan bukan setakat sarung tangan baby ni aku simpan. aku simpan benda lain jugak rupanya tapi aku dah lupa hihihi. nak tau aku simpan apa??aku ni buleh tahan sentimental jugak rupanya. orang lain simpan gambar tapi aku simpan ah tengok sendirik lah..




ekekekkee tiket komuter, tiket masuk cosmoworld, tiket main ice skating, tiket bus rapid, resit - resit makan. buleh nampak dah kabur tulisan. nampak??? lama tak lama aku simpan benda alah tu. motip aku simpan rasanya sbb suma benda tu aku buat dengan kawan-kawan baik aku masa study dulu hahaaha. memori la konon sampai resit mkn ramai-ramai pun aku tegar letak dlm album wakakaka. tiket rapid tu 08/08/2008 aku kuar dengan epalejau rasanya.

tapi paling tak sangka ada satu lagi benda aku simpan. ini mmg aku tak ingat langsung. kejadian tu aku ingat cuma tak sangka aku simpan bukti kejadian. ya aku simpan surat saman tak pakai kad matrik. 



serius aku tak sangka aku simpan hahahhaa. seingat aku kejadian ni berlaku waktu pagi. kepala otak tak berapa nak betul sangat sbb mengantuk nak pi kelas medical record. aku duduk luar so bila aku jejak ja kaki masuk pagar kolej terus pakguard tu tengking aku "matrik kad mana??" terus dia bawak kuar buku saman dia. habis la..

nasib la pagi-pagi sarapan kena tengking ngn pakguard  beserta surat saman. kad matrik aku bawak tapi terlupa nak pakai. ada simpan dlm beg. biasa la kejar kelas pagi aku pakai sumbat jalah dlm beg janji aku bawak. bila pergi jumpa dengan pegawai lepas habis kelas dia lepaskan aku sbb kesalahan tak besar sangat pun heh..

p/s: oh please jgn tanya bila anak aku nak pakai sarung tangan tu  kekekekekkeke...