Sunday, May 4, 2014

apa yg aku tak simpan ??? ;P

bukak facebook pagi tadi dapat notification jiha tagged gambar bella pakai stoking sebelah lain. tersengih terus sbb teringat itu hadiah dari cikgu mahfuzah masa nak habis diploma dulu. dekat-dekat hujung semester lepas exam dia kuarkan stoking dengan sarung tangan baby yg dia jahit nama kami satu geng. tapi masing-masing dapat sebelah ja ;)

bella syok golek dengan sock maklong pooh dia hahaha

aku pun apa lagi selongkar habis almari cari album gambar sebab aku rasa aku simpan dlm tu. dan tadaaaaaa bersih suci elok ja dlm tu. cuma jieha dapat sock aku dpt sarung tangan..bayangkan dapat benda ni masa part 6 diploma. masa tu tahun 2006 tapi sampai sekarang kami simpan hahaha. oh memori sangat!!


sweet kan cikgu mahfuzah??dia jahit sendirik ooo :)

tapi yang bestnya ehem dlm album aku tu kan bukan setakat sarung tangan baby ni aku simpan. aku simpan benda lain jugak rupanya tapi aku dah lupa hihihi. nak tau aku simpan apa??aku ni buleh tahan sentimental jugak rupanya. orang lain simpan gambar tapi aku simpan ah tengok sendirik lah..




ekekekkee tiket komuter, tiket masuk cosmoworld, tiket main ice skating, tiket bus rapid, resit - resit makan. buleh nampak dah kabur tulisan. nampak??? lama tak lama aku simpan benda alah tu. motip aku simpan rasanya sbb suma benda tu aku buat dengan kawan-kawan baik aku masa study dulu hahaaha. memori la konon sampai resit mkn ramai-ramai pun aku tegar letak dlm album wakakaka. tiket rapid tu 08/08/2008 aku kuar dengan epalejau rasanya.

tapi paling tak sangka ada satu lagi benda aku simpan. ini mmg aku tak ingat langsung. kejadian tu aku ingat cuma tak sangka aku simpan bukti kejadian. ya aku simpan surat saman tak pakai kad matrik. 



serius aku tak sangka aku simpan hahahhaa. seingat aku kejadian ni berlaku waktu pagi. kepala otak tak berapa nak betul sangat sbb mengantuk nak pi kelas medical record. aku duduk luar so bila aku jejak ja kaki masuk pagar kolej terus pakguard tu tengking aku "matrik kad mana??" terus dia bawak kuar buku saman dia. habis la..

nasib la pagi-pagi sarapan kena tengking ngn pakguard  beserta surat saman. kad matrik aku bawak tapi terlupa nak pakai. ada simpan dlm beg. biasa la kejar kelas pagi aku pakai sumbat jalah dlm beg janji aku bawak. bila pergi jumpa dengan pegawai lepas habis kelas dia lepaskan aku sbb kesalahan tak besar sangat pun heh..

p/s: oh please jgn tanya bila anak aku nak pakai sarung tangan tu  kekekekekkeke...

4 comments:

  1. Wajiblah soalan pertama tu anak hang bila plak nak pakai sarung tangan dia? Hahahaha.

    Aku tak ingat la kita gi mana tu 08.08.2008. Emm 08.08.08 tu bukan kita da habis degree ker? Seriyes tak ingat beb.

    Dan kad saman tu, bertuah la kan ko jenis hangguk jer. Aku ingat lagi etah aritu siap gaduh kat bilik pakgad kat bangunan fakulti tu lagi hooo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok buat2 tak nampak soalan tu wakakakakaa....

      ya jugak kan dh habis dgree kot time tuh..aku kuar ngn sapa?hahhaa..maybe masa tu dtg shah alam antar report pratikal..

      tu pasal aku lepas xyah masuk court or byr lepas tu..kes xmenjawab kuikui..

      Delete
    2. tq had tlg tanyakan soklan pertama tu on behalf of aku!!! wakakaka...

      sentimental jugak cik stickynote ni rupanya....koh3

      Delete
    3. ala ang tya depan2 pun buleh mai aku nk jawab wakakakaka..


      mls nk ckp la.aku mmg budak baik kan..a gud fren gitewwwwwwww...sambil selak rambut

      Delete