Wednesday, June 18, 2014

kuasa vitagen!!

budak-budak bila nampak vitagen ibarat mcm kena mandrem. entah kuasa apa yg vitagen pakai sampai asal nampak ja wajib beli. mak bapak budak2 pun tak cakap banyak  ikut ja budak2 tu nak vitagen..

mcm tadi aku sengaja beli vitagen. habis idea nk beli apa bila masuk supermarket. konon balik opis nak bagi kat kawan-kawan. sebelum balik singgah kedai makan beli mee kari . tengah tgu akak tu bungkus aku bukak satu minum vitagen tu.



dah habis minum botol aku letak atas meja sbb tak nampak tong sampah. lama tgu akak tu bungkus mee kari. biasa la kedai tu bungkus mee kari mcm kena tgu depa tangkap ketam utk buat kuah. nasib baik sedap tabah lah tgu. sambil tunggu aku nampak ada budak2 kecik duk main2 kat kawasan kedai tu. anak akak tu kot aku pk.

tetiba dlm duk menunggu tu datang sorang budak kecik. umo 2 tahun camtu la rasanya. dia datang dekat meja terus capai botol vitagen aku yg dah kosong tu. dah tu hang nk tgk saja???mesti la aku bukak plastik ambik satu bagi kat dia.

lepas aku bagi tu, mee kari aku tak siap2 jugak lagi bungkus. mmg akak tu pi tangkap ketam laut dalam agaknya wakakkakaa. tak apa aku tunggu sambil layan sembang ngn opismate aku dua orang. tapi opismate aku dua orang ni tak layan vitagen. tengah syok sembang tetiba datang sorang lagi budak. 

yang ni besar sikit sbb dia pakai baju sekolah. darjah satu kot. dan aku perasan jugak dia bawak geng hahahaha.suma kecik2 lagi umo lebih kurang 4-5 tahun. budak yg pakai baju sekolah tu cakap 'kak dia nk vitagen' sambil tunjuk dekat budak pempuan sebelah dia. 

sebelah budak pempuan tu ada lagi sorang budak pempuan dan budak laki jugak. aku pun ok bukak plastik balik ambik vitagen bagi sorang satu. tinggal satu yang last mmg cukup-cukup dekat si akak yg pakai baju sekolah tu. pandai vitagen ngam-ngam dia bungkus. 

kemudian masa akak tu hulur plastik mee kari dia segan-segan nk tanya bagi kat depa ka vitagen tu..aku sengih ja ckp tak apa sebelum dia balas terima kasih.

mmg vitagen tu rezeki budak2 tu agaknya. bukan rezeki mak-mak budak kat opis aku hahaha. kebetulan jugak vitagen murah arini tak mcm harga selalu. dan kebetulan sangat vitagen yg aku minum kaler putih. lain2 suma oren and unggu ..budak2 kan tak suka  perisa asli yang kaler putih tu ;)


p/s : mee kari tu dah bayar klu belum bayar silap2 dia bagi free kot kan wakakakaka. otak jahat benar...

Monday, June 16, 2014

abang zen

mlm ni tergerak hati nak update sbb abg zen. kenai sapa abg zen?? tu la lain kali join suri rumah mcm miss lolliyana. sambil susu anak dlm pantang sambil tgk abg zen ngorat Indah..


yang tak kenai abg zen dengan Indah tu meh aku tunjuk sikit gambaq depa.  lepas ni ramai la gadis2 berangan nak bf mcm abg zen baq ang...ibu-ibu gadis mungkin berangan nak menantu mcm abg zen kuikui..





ha sudah-sudah..drama ja suma neh..tak payah nak berangan sangat. cinderella gak la drama ni. budak kampung yg malang tapi cun jumpa anak dato yg kaya dan hensem. bezanya tak kawen kontrak, akhirnya!!

biasa la heroin cun suma bekenan. adik abg zen si abg fahin tu pun nanti bekenan dekat Indah sampai nak tak nak abg zen kena la berkorban demi adik dia. sbb tu tajuk drama ni kerana terpaksa aku relakan. tapi dah nama abg zen hero kompom la ending dia dengan Indah. siap dapat baby girl lagi..

apa??tak puas hati ?? hahaha biar la aku nk bagi tau ending pun. budak2 college aku duk gila abg zen. kak cleaner aku duk cerita pasal Indah dengan abang zen gak. pakguard aku pun kenai abg zen. aku plak tgk sekerat-sekerat sambil makan nasik pas balik keja. lambat ah nak habis. 

last-last aku pinjam novel budak-budak tu. Nah setel aku tau suma apa nak jadik pasni and kompom-kompom la endingnya camna wakakakaka. cuma yg aku heran orang lain gila dekat abg zen asal miss lolliyana tgu nak tengok abg epul?maybe taste orang yg anak dua ni lain sikit kot ;P

p/s :  banyak sungguh abang dlm drama neh..yg tabah tgu la drama tu sampai habis. yg tak rajin nk tgu sila pinjam novel orang kuang2..