Wednesday, June 18, 2014

kuasa vitagen!!

budak-budak bila nampak vitagen ibarat mcm kena mandrem. entah kuasa apa yg vitagen pakai sampai asal nampak ja wajib beli. mak bapak budak2 pun tak cakap banyak  ikut ja budak2 tu nak vitagen..

mcm tadi aku sengaja beli vitagen. habis idea nk beli apa bila masuk supermarket. konon balik opis nak bagi kat kawan-kawan. sebelum balik singgah kedai makan beli mee kari . tengah tgu akak tu bungkus aku bukak satu minum vitagen tu.



dah habis minum botol aku letak atas meja sbb tak nampak tong sampah. lama tgu akak tu bungkus mee kari. biasa la kedai tu bungkus mee kari mcm kena tgu depa tangkap ketam utk buat kuah. nasib baik sedap tabah lah tgu. sambil tunggu aku nampak ada budak2 kecik duk main2 kat kawasan kedai tu. anak akak tu kot aku pk.

tetiba dlm duk menunggu tu datang sorang budak kecik. umo 2 tahun camtu la rasanya. dia datang dekat meja terus capai botol vitagen aku yg dah kosong tu. dah tu hang nk tgk saja???mesti la aku bukak plastik ambik satu bagi kat dia.

lepas aku bagi tu, mee kari aku tak siap2 jugak lagi bungkus. mmg akak tu pi tangkap ketam laut dalam agaknya wakakkakaa. tak apa aku tunggu sambil layan sembang ngn opismate aku dua orang. tapi opismate aku dua orang ni tak layan vitagen. tengah syok sembang tetiba datang sorang lagi budak. 

yang ni besar sikit sbb dia pakai baju sekolah. darjah satu kot. dan aku perasan jugak dia bawak geng hahahaha.suma kecik2 lagi umo lebih kurang 4-5 tahun. budak yg pakai baju sekolah tu cakap 'kak dia nk vitagen' sambil tunjuk dekat budak pempuan sebelah dia. 

sebelah budak pempuan tu ada lagi sorang budak pempuan dan budak laki jugak. aku pun ok bukak plastik balik ambik vitagen bagi sorang satu. tinggal satu yang last mmg cukup-cukup dekat si akak yg pakai baju sekolah tu. pandai vitagen ngam-ngam dia bungkus. 

kemudian masa akak tu hulur plastik mee kari dia segan-segan nk tanya bagi kat depa ka vitagen tu..aku sengih ja ckp tak apa sebelum dia balas terima kasih.

mmg vitagen tu rezeki budak2 tu agaknya. bukan rezeki mak-mak budak kat opis aku hahaha. kebetulan jugak vitagen murah arini tak mcm harga selalu. dan kebetulan sangat vitagen yg aku minum kaler putih. lain2 suma oren and unggu ..budak2 kan tak suka  perisa asli yang kaler putih tu ;)


p/s : mee kari tu dah bayar klu belum bayar silap2 dia bagi free kot kan wakakakaka. otak jahat benar...

11 comments:

  1. nampaknya klu hg dah jadi mak nnt sure peti ais hg penuh ngan air vitagen ni.dah nmpk dah ciri2 mak yg penyayang hg ni...hahahaa

    p/s:anak aku pun pantang nmpk air vitagen n seangkatan dengannya..huhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyayang la sangat..kejam la klu tak bagi kat budak2 tu haha..anak2 buah aku bila balik mmg penoh dengan ayaq ni jugak peti ais..kuat tul pengaruh..

      Delete
  2. Vitagen tu manis kan? Bebudak fizz. Bukan vitagen jer dorang suka. Segala minuman manis dorang suka. Haha. Kalerful pulak tuh. Ngam betul lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah manis..tp mmg mcm magic ko tau budak2 dengan air tu..meraung klu tak beli bila gi supermarket tu..

      Delete
  3. family kat kampung memang langgan vitagen ngan yakult tetiap bulan. Tapi yang tukang perabihkan anak dia ni sorang laa.. kakakka.. kalau balik, konfem, tiga pek aku sorang ja bedai.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuyoo langgan tuh..yg lah mau tak tiga pek satu botol tu sekali sedut pun buleh habis hahahaaa...

      Delete
  4. erkk?? kak pizah!! saya pun nak satu!!! wakkakak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi mak ira!!wakakkkkaa...mak ira nanti kena beli dekat ala lupa pulak boboi nama panjang tu hahahha

      Delete
    2. rasa mcm nak tukaq la..panggil mak ara pon sedap jugak....ok bai!!!

      Delete
    3. ala senang2 panggil ja maklong..kbai!!!

      Delete
  5. Assalam. Dah terbace entri ni terniat pula nk iklan:-)
    Klu x keberatan bole ye..sy iklan. Sy distributor vitagen. Utk minuman harian @ utk majlis blh order dgn sy. Harga lbih murah dr market price..dijamin fresh dr kilang. Penghantaran ke rumah jika order byk..
    Call/whatsap 012-9518535
    Sekitar kuala lumpur/kg.baru/tmloh/jengka

    ReplyDelete