Wednesday, July 30, 2014

untuk kawan baik ;)

yuhuuuuuuu selamat hari raya !! aku tak nak update pasal raya sbb raya aku biasa-biasa ja. yalah bibik membasuh gelas, buat air , potong ketupat suma tuh. sapa lagi nak buat..nasib la jadik anak dara takdak anak kecik nak buat alasan anak tak nak duduk wakkakakaa..hashtaginibukanmerintihmengenangnasibyer dan hashtagakuokjer ;P

tapi nak update pasal kawan baik aku. dah nak kawen sudah si epalejau.ingat lagi dulu, sejarah percintaan dia suma ada dlm tangan aku. yg manis yang pahit yang terlap hingus dengan selimut aku masa putus pun masih segar dlm ingatan.

nampak???baik tak baik aku sebagai kawan. selain tadah telinga dengar setiap rintihan dia aku jugak terpaksa korbankan selimut aku utk dia lap hingus. tapi aku ok. lap lah had lap kalau itu buleh hilangkan kesedihan bila cinta dengan si kepala kemek tu terputus di tengah jln..aku redha..

itu dengan si kepala kemek. dengan kepala bulat panas telinga aku dengar dia becakap di telepon. masa tu dah habis belajar. aku dekat kedah dia dekat sabah. apa la sangat jarak klu dah nama kawan baik aku redha dengar even tengah2 malam..dont think just do..dont think just do la sangat. tapi mujur masa ni jauh klu tak kompom sekali lagi selimut aku jadik tisu..

dengan kepala petak eh ada ka??aku rasa penah wujud kepala petak. entah tak ingat. then disusuli dengan nama-nama buah. lemon, oren, melon, tomato apa lagi??aku tak ingat dah. sampai satu tahap dia putus asa. bila dia putus asa aku selalu cakap sabar. tapi dia marah bila aku sebut sabar. tak suka dengar katanya. 

ok takpa aku tukar ayat sabar tu pada ayat penyedap hati. aku tukar one day turun la putra raja ko dari langit. ada tu jodoh ko tu tapi lambat sikit. paling maksimun aku cakap entah-entah jodoh ko dengan anak raja brunei. see??baik tak aku memujuk?at least dia tak marah tapi dia gelak ;)

lepas tu lama aku tak dengar dia meroyan pasal nama2 buah or kepala-kepala lagi dah. rupanya dlm diam-diam  putra raja dia dah turun dari langit..even mulut cakap dah tua-tua malu nak bagi nama buah kat bf tapi tetap aku perasan status buah pear ko bagi kat dia tu had oii cuma aku diam malas nk kecoh..gelak tutup mulut..

dan menjelang tiga hari sebelum akad nikah epalejau tagged aku. terselit nama aku kat  situ sebagai AJK bahagian doorgift..jauh benar epalejau lantik org penting urus hal goodies dia..tapi mcm aku cakap tadi apa la sangat jarak tu. kawan baik nak kawen kot. siap terlebih kotak lagi. patutnya 3 tapi sampai 4..jeng jeng jeng surprise la konon hadiah kawen heh..


ehem no 9 dlm senarai yer


tapi sebab jarak jugak aku tak gi kenduri dia. maap la had ko pun dah tau asal aku tak pergi kan??tak yah la nak ambik hati..yg penting ko kawen..yg penting jugak hadiah kawen dah selamat sampai even cedera sikit. itu bukan salah aku tapi salah pejabat pos kuikui..

segala ucapan tahniah dan amanat-amanat pada ko dengan si buah pear tu aku dah tulis panjang lebar sekali dlm hadiah. tak payah nk buat siaran ulangan kat sini mcm astro..cuma doa aku, semoga semua berjln lancar insyaAllah :)


p/s : ni la sbb kenapa tetiba aku tya ko pasal kepala, kemek bulat dan petak had hahahaa...

Monday, July 7, 2014

nak jugak campak


hi salam ramadhan suma!!


mcm biasa bulan ramadhan kena ada entry campak - campak ramadhan errkk


hahahaa relevan lagi tak entry perasan pandai masak aku tu??

kali ni kita try masakan orang pahang lak. 


kenapa sampai ke pahang tetiba??


sebab  belakang rumah aku  ada pokok  belimbing buluh yang buahnya belambak-lambak


so moh try buat sambal hitam!!

yep belakang rumah aku ada sawah padi yg menghijau
 dan menghadap gunung jerai heh..


belimbing ni masam ya amat. mmg selalu nasib dia gugur ke tanah jalah. 


bayangkan klu yg bergantungan tu adalah anggur-anggur hijau??


kompom aku jual kat kawan2 yg bisnes pavlova wakakaka..


bila google rupanya tak susah pun buat sambal hitam tu. 


main campak-campak jugak konsepnya..
 

 masakan paling simple, senang dan cepat serta lazat.. serius tak tipu


campak ja bawang , ikan bilis, cabai melaka  bahasa kedah. bahasa malaysia cili padi. belimbing tapi kena rebus dulu, garam, gula dan kicap.  


masak sampai kering  then tadaaaaaa siap!!






p/s : untuk resepi yang lengkap sila google...aku tak berapa rajin nak menaip kuikui