Thursday, August 14, 2014

jauh dari cinta

jauh dari cinta. suma 28 episodes, tolak 26 episode tak bahagia tinggal 2 episode ja bahagia. setengah jam setiap episode termasuk iklan dari isnin hingga kamis kat astro pukul 5 petang. jgn risau  klu tak sempat tgk petang sbb ulangan malam kat prima dan maya HD serta marathon setiap petang sabtu. 


drama adaptasi novel jugak 

nah hang detail kehkeh..drama ni dah habis tayang yer tapi ada sbb kenapa aku update kat sini. jauh dari cinta ni aku rasa tak glamer sgt tapi ini lah drama yg aku tak guna prinsip tgk bila rajin dan tengok sikit-sikit sambil makan nasik mcm aku selalu buat setiap kali tgk drama melayu. yep aku tengok suma episode secara serious!!

balik keja sure aku tanya mak aku, hari ni tak tengok abg aqil ka??dan mak aku akan jawab tengok wakakakaka. mula-mula aku buat dengar tak dengar ja bila mak aku cerita pasal aqil and nysa..biasa la aku bukan jenis hadap tv sangat. tapi bila aku tertengok ulangan yg marathon hari sabtu aku terjebak,  peace!!

aqil tu hero. doktor tapi yang berlakon tu mcm tak berapa nak pandai belakon sangat la. nysa plak heroin. anzalna mmg pandai berlakon dan dia nampak cantek pakai tudung dlm drama ni. aku rasa jauh dari cinta ni orang yg tabah ja sanggup tgu sampai ending haha. 

dan antara yang tabah tu termasuk la aku. kenapa yg tabah dan gigih sangat tu??sbb si aqil tu bukan jenis romantik, buat tak tau ja kat nysa bini dia. ego tinggi benar. tak mcm drama melayu lain asyik nak nampak sweet ja manjang heh..masa nysa taknak kat dia kemain dia ngorat sampai dpt. dah dpt , sengal mcm hampeh dia buat nysa.

tapi diam2 dia sayang kat bini dia tu. tapi biasa la ego sangat. kemain jeles klu nampak nysa ngn lelaki lain tapi mulut tu berat nak mengaku sayang bini..panas hati aqil bila nysa tak habis-habis nak cari lily. ha sapa pulak lily?? si ex gf aqil la. nysa cari nak suruh aqil kawen ngn si lily tu.


jeles tak hengat aqil bila nysa jumpa lelaki lain..

nysa dlm drama ni sangat baik la. klu real life rasanya takkan ada pempuan baik mcm tu. sanggup susah payah nak satukan balik laki sendirik dengan gf lama asalkan aqil bahagia. konon padahal hati berkecai kot. aqil plak tak nak tapi mulut tu ishhh tak nak cakap dia sayang nysa sorang ja. nysa plak ingat aqil still sayangkan lily.

itu yang meleret sampai 28 episode nya dan sbb tu aku cakap yg tabah dan gigih ja sanggup tgu. watak nysa tu watak isteri idaman lelaki. sempurna sebagai isteri. aqil sebagai suami???idaman pempuan ke tidak??hahaha well klu betul-betul follow sampai episode 28 mungkin akan cakap ya..tapi wujud ka lelaki mcm aqil??lelaki klu terbaca entry ni maybe buleh tolong jawab ;)


p/s : gigih drama dah habis pun nak cerita lagi ..