Monday, September 15, 2014

sengaja kalah


bawak aisya pi supermarket.

dalam keta sambil duk menyanyi lagu hazama aku tanya dia. 


aku : aisya nk beli apa ni??


aisya : aisya nak beli belon frozen


aku : smlm masa pi supermarket dengan abah kenapa tak beli??


aisya : abah cakap takdak duit..


aku : klu mcm tu makteh pun takdak duit lah 


nampak permainan bapak dia??nampak permainan aisya?? dan nampak permainan aku jugak??wakakaaka..



cuma dlm permainan ni aku sengaja kalah ..maka dapat la aisya belon frozen tu setelah 2 kali mencuba hahaha







ok jom balik !!



p/s kan dah cakap cuti2 ni rajin update blog..

Saturday, September 13, 2014

speechless

tiap kali keluar dengan tahirah, popular mmg tempat wajib masuk. tahir selalu rak novel omputih dia tuju dulu. novel melayu dia jeling pun tidak..peace tahir peace!!hahaha

aku plak mana aku lalu aku belek ja...itu yang leh  ternampak komik ni..beli buat baca time boring-boring. dah takdak menda nk buat malam-malam. baca buku best jugak.






dah sampai rumah mlm tu terus baca. begitu la tabiat aku benda tak ilmiah ni tak payah suruh rela hati buat. baca bersungguh-sungguh lak tu. setakat ketebalan komik ni satu mlm buleh habis.


dalam duk fokus membaca,  tetiba mak aku tanya 'buku kartun ka tu??'..aku angkat kepala angguk.. pastu mak aku sambung lagi 'lain kali beli la buku doa2 baca'..


tunduk sambung baca komik sambil pelan-pelan text tahir yg kemudiannya dibalas dengan gelak evil..


p/s : cuti 4 hari tak tau buat apa rajin la hadap blog ;)

Thursday, September 11, 2014

ini fakta ok


masih cerita pasal neelofa. sapa suruh start dulu??rasakan kuikui..




selain aku mungkin akan nampak 'lawa' klu pakai shawl ala-ala neelofa
(bukan aku kata ticer mahfuzah yg kata, aku ok ja lalalala )



uih lawa sangat nih..tak mampu tak mampu hahahaha




ada satu lagi fakta yang buleh kaitkan aku dengan dia.



ini fakta bukan auta. aku baru perasan masa google pasal dia.



rupanya besday kami sama.



serious aku tak tipu. google la kalau tak percaya. 



bezanya dia jauh muda dari aku..itu fakta jugak hahaha..



ok done pasal neelofa...makaseh sudi baca entry merapu aku lagi kbai



p/s merapu kan??mana ada entry aku tak merapu heh..


Saturday, September 6, 2014

my cup of tea


jujur aku cakap la kan, aku sebenarnya tak  nampak neelofa tu cantik sangat pun. ok la tapi tak la cantik yang gilerrrrrr cantik.. tapi, tapi baca dulu aku belum habis tulis lagi..sejak dia pakai tudung cantik pulak aku  tengok. nampak kuasa tudung tu??mmg cun lah..


bukan yang ni..ada 1 lagi tu dia pakai  tapi tak jumpa bila google


dah kenapa intro pasal neelofa tetiba ni. sbb ada satu mlm aku tertengok meletop. tengah-tengah tengok tu kawan aku cikgu mahfuzah wasap tanya tengah buat apa. aku jawab la tengah tgk meletop. laju dia reply cantik kan neelofa pakai tudung.nanti kenduri hang, hang pakai la mcm tu..mesti lawa..


ayat hujung tu tak menahan. mesti lawa baq hang hahaha..neelofa tu mmg dah spesis segak..belit la tudung camna pun mmg la nampak lawa. aku???hmmm pejam mata cuba bayang. lawa ka??? wakakkakaa...


dan pasal kenduri kawen aku senyum jalah baca. ya aku tau cikgu mahfuzah, dia nak sangat tengok aku kawen. pernah dia cakap kalau aku kawen apa jadik sekali pun , seboleh-bolehnya dia mesti cuba pi...


aku tanya balik kenapa yg excited sangat nak mai kenduri kawen aku??selamba dia jawab. ha la nak tengok sapa laki tu..nak tengok hero mana yang tersangkut kat traffic light..kenapa tak hijau-hijau..lama kami tunggu dia muncul..arghhhhhhhhh rasa nak hantuk kepala kat dinding baca hahaaha


dan dia bukan orang pertama nak tgk aku kawen. dlm maksud lain nak tgk hero yang tersangkut kat traffic light tu. miss lolliyana siap pesan klu buat kenduri make sure pilih waktu yang dia buleh datang. harap sangat bukan waktu tu dia ada hal lain. hamboih kena tengok jadual dia bukan jadual aku nampak kuikui..


itu belum campur jiha ngn fazrul. asal jumpa aku sure tanya soalan tak kuar dengan bf ka??bf hang mana???bf hang tak datang rumah  raya??sengal kan??bukan jiha yang suka sangat nak menyakat tapi fazrul laki dia..suka sangat sbb aku jenis tak ambik hati katanya.hampeh punya kawan haha


ni aku nak tanya. hampa nak mai kenduri aku sbb nak jumpa aku or nak tengok sapa laki aku  sebenarnya????hahaha..so far aku ok. takdak ambik hati ka apa...cool ja mana aku leh tepis aku tepis baik punya ekeekekeke..


cuma aku nak  habaq sewaktu entry ni ditulis status aku dah bertukar dari single kepada still single kahkah..soalan tahirah what is your cup of tea pun sampai arini aku tak dapat-dapat nak jawab. sampai dia ingat aku ngelat padahal aku tak ngelat pun..betul tak tipu tahir oii ;P


p/s pk nak publish ke tidak..silap2 buleh jadik bahan buat entry camni ngeeeeee...