Thursday, December 17, 2015

realiti vs drama


realiti vs drama 

drama 

maid keja dengan tuan rumah
bujang, kacak dan kaya
acah-acah garang 
suka membuli
sebenarnya dah jatuh hati dengan maid sendiri

maid pulak
acah - acah benci tuan rumah
konon tuan rumah tu kerek
mentang-mentang la kaya
tapi dalam hati  
 suka jugak dengan tuan rumah
tapi sedar diri tu orang gaji ja

sekali tuan rumah ajak kawen
tunggu lagi??
yes laju-laju hahahaha


realiti?

entah aku takdak maid
tapi kawan aku ada maid
dan hari - hari dia berleter kat maid dia

bukan sengaja dia nak berleter tapi banyak sangat problem
lipat kain macam tak lipat
kemas rumah macam tak berkemas


masak???
maid dia tak perlu masak
dia tak pernah suruh masak
dia akan masak sendiri
 maid tu  kena kemas rumah sahaja


aku nak cerita apa sebenarnya ni?
yes kisah  tuan rumah jatuh cinta dengan maid 
memang drama sangat
jangan duk korea sangat lah 
sebab realitinya tak seindah drama
klu seindah drama, 
 dah lama aku apply jadi maid even aku tak pandai lipat kain wakakka





entry ni khas buat kawan aku 
sbb dia reject mentah-mentah permohonan aku nak jadi maid dia..
tolong la, kata bff...
penat dah ni dengan keja sekarang hahaha


k sudah merapu 
bai :)



Wednesday, December 9, 2015

pakar



saja update sebab nak habaq yang buku pakar ni best. 


kalau masalah berlanjutan,

 sila berjumpa dengan pakar..

tapi apa jadi bila pakar tu sendiri bermasalah?? 



ada dua pakar. 

satu pakar pencuri jodoh

lagi satu pakar sakit hati

gaya bahasa rilek - rilek ja

takdak ayat manis sampai kena potong kaki sebab terlebih gula

sekadar memetik ayat- ayat kat twitter bila drama melayu romantik trending 

wakakakka..


tapi mampu buat hati tersentak bila baca


gituuuu ayat 


hahaha ok itu saja


sebenarnya aku penat hadap laptop buat keja

kalau dah sampai bawak balik rumah

tu maksudnya apa??

yep keja banyak la tu 


nite :)



Sunday, November 8, 2015

Potong, buang dan jahit

Hi ;)

Malam ni macam biasa aku bosan lagi 
Esok isnin tapi sebab semangat 1 malaysia aku cuti
Yalah selasa dah deepavali kot
Alang-alang biar cuti terus
Hati senang, minyak keta pun jimat wakakaka


Minggu lepas aku ada minor surgery
Lidah aku kena belah sikit
Dah belah mesti la kena jahit
Pastu yang kena potong tu doctor rendam dlm botol kecik
Hantar lab ~


Dah kenapa lidah kena jahitnya?
Entah la..aku pun tak faham
Klu dr. gee baca entry ni maybe dia boleh explain
Cuma yg aku tau puncanya ulser


Then ulser tu tak hilang lepas 2 minggu
Ulser tu macam luka dan bengkak
Or bahasa ngerinya mcm tekoyak heh
Jumpa dentist, dia lagi risau dari aku
Terus buat surat suruh pergi hospital
Dapat la mc 4 hari.


meja selerak dengan gengigel jalah 



Campur weekend suma seminggu jugak la aku cuti
Seminggu jugak la aku susah nak makan
Sangkut benang susah nak kunyah
Sudahnya berat aku turun 2 kilo


Tu kisah minggu lepas.
This week aku rasa dah naik balik 2 kilo haha
Ada dua reaksi bila aku cakap lidah aku kena jahit
satu, suma mcm erkkkkk ngeriiii
dua, gelak sbb tak pernah dengar lidah kena jahit


Sakit ke tak??
aku cool sampai la bius tu hilang
Then baru  la terasa sakitnya
Tapi first day jalah..
lepas  tu tak sakit  dah..
Cuma seriau dengan benang so susah nak makan
Aku cuma makan benda lembut


Doktor pesan makan strawberry dan kiwi banyak2 lepas ni
Aku tak gemar kiwi sangat tapi strawberry aku ok
Sebab tu aku borong suma benda yang ada unsur – unsur strawberry wakakaka



gigih la kan hahaha



Lepas buang benang aku kembali makan sedap – sedap
Sebab tu aku cakap 2 kilo yang hilang tu dah kembali dengan senangnya


Masa buang benang doktor cakap ulser aku biasa.
Takdak unsur-unsur bahaya.
Cuma kemungkinan nak jadi balik tu ada
Kalau jadi balik prosedur sama la..
Potong, buang dan jahit
Aku senyum tapi dalam hati aku cakap
Macam tak  la  kan nk buat lagi hahahaha

k, tu  ja nak cerita..
so goodnight and happy deepavali 
selamat bercuti jugak :)


Saturday, October 17, 2015

shrimp paste


aglio olio??
tak, ini namanya
spaghetti goreng belacan.
percayalah !!




mulanya aku tumbuk sambal belacan nk makan nasik 
tapi bila aku bukak periuk, nasik habis wakkakaka


so nak masak nasik malas
aku rebus spaghetti
tumis bawang putih campur sambal belacan tu
buat macam aglio olio
bezanya ada shrimp paste kat situ
ewah shrimp paste baq hang kahkah


rasanya???
tanya lagi??
belacan weh belacan!!
senang cakap la kan
melayu dan belacan berpisah tiada 
hahahaha


sedappppp dari letak parmesan cheese
ok aku bias sebab aku lidah melayu hahaha


cuma pesan aku,
kalau nak tumbuk sambal belacan,
bukak periuk dulu tengok ada lagi ke tak nasik
atau sambal belacan tu akan jadik spaghetti belacan
hahaha

k, addio :)

Friday, October 9, 2015

henna dan perempuan


haluuuuu :)
malam ni aku nak bebel pasal henna. 
yep henna. alah, inai tu.
seriously seumur hidup aku sekali ja aku pernah pakai.
itu pun masa kecik-kecik dulu.
kecik sangat dan aku pakai tanpa sedar.



camna tanpa sedar tu meh sini nak cerita.
masa tu aku rasa maybe aku umur 7 or 8 tahun kot.
aku tdo umah maksedara aku sbb esoknya kazen nak kawen.
last memori sebelum tdo tu rasanya kazen aku tengah pakai inai.
dan esoknya bangun-bangun pagi jari aku jadik merah.
merah terang baq hang!!!
aku macam, arghhhhhh why?????



aku syak lebihan inai tu depa sayang nak buang,
 so depa jadikan jari aku mangsa.
nampak??? kes kena aniaya baik punya. 
seriously sampai sekarang aku tak tau  sapa punya angkara 
aku memang tak suka kot
 dan rasa tak suka tu kekal sampai sekarang heh



baru-baru ni budak kolej aku pakat duk gila lukis henna.
sebab ada salah sorang tu nak kawen.
so kawan-kawan duk pakat test lukis kat tangan dia.
aku ok ja.tengok jalah depa duk melukis corak macam-macam.
bila depa suruh pilih mana satu cantik, aku pilih macam pakar la kan
even aku tak minat tapi kalau orang lain minat aku layan ja..takdak masalah pun. 
cuma jangan buat kat tangan aku..itu sangat tak ok !! haha






tapi biasa la budak-budak tu. depa duk suruh aku  lukis jugak.
memang tak la aku nak buat. 
bila aku taknak depa suruh pakai kat kuku ja.
agak-agak aku nak pakai?? jawapannya tidakkkkkkkk!!
aku dasar kental jugak sebenarnya hahaha



dalam aku duk menjawab tak nak tu,
tetiba akak opismate aku cakap pakai la fizah.
jadik la macam perempuan sikit 
aku macam oh jadik perempuan kena pakai inai rupanya
bukan pakai tudung wakakakakaa
aku sekadar berkata-kata didalam hati 
ayat nak drama jugak sikit hahaha



dalam hati cakap camtu 
depan aku cakap camni 
alah fatin liyana kawen tak pakai inai pun
pembaca berita jay jamalina pun tak pakai inai masa kawen
bukankah mereka perempuan - perempuan yang jelita??
ayat nampak??taknak kalah punya hahahaa
tapi masa aku taip entry ni ,
aku google jay pakai  inai jugak la masa resepsi kuang2



cuma pada aku kalau ada lelaki boleh terima 
 perempuan yang :
satu, kawen taknak pakai inai
dua, kawen taknak ada gambar outdoor 
tiga,  kawen taknak pakai tiara kat kepala
aku lah perempuan itu kahkah



mungkin  orang yang baca entry ni akan cakap
fizah hang nak kawen ke tidak sebenarnya?hahahahahaaha...


jawapannya??
bak kata kullesfafa kat IG dia
"hantu datang, kita boleh lawan.
tapi kalau jodoh yang datang , mana boleh lawan "



apa yang boleh aku cakap buat masa ni
hantu tak datang, jodoh pun tak datang hahahaha
dan aku pun tak pergi mencari hantu mahupun jodoh
kerana aku baik-baik saja cengini :)
paling penting aku takyah pakai inai sebab nak jadi perempuan
boleh cengitu?? ahahha kbai



p/s: ni la sebab kenapa aku masih update blog. nak tulis cengini kat facebook??
try la kalau nak kena bahan heh


Tuesday, September 15, 2015

selamat pagi sayangku..


selamat pagi sayangku..
apa khabar diri mu??
maafkan andai menganggu lena mu..


buang tebiat bukak entry camtu??
hahahha takdak keja pagi-pagi ni.
lirik lagu lah !


oleh kerana hari ni hari lahir malaysia 
aku pun breakfast nasik lemak. 
err bukan hari lain pun makan nasik lemak ka??
 ya maybe cuma hari ini rasa special sikit 
gituuuuuuuuu ayat ~


biasa la nasik lemak. 
aku jenis suka yang klasik. 
ada sambal ikan bilis dengan telur rebus. 
kalau takdak sambal ikan bilis , 
takdak telur rebus, 
nasik lemak tu takdak makna pada aku. 
cewahhhh..
buat la ayat camtu..
jgn menyesal klu  tgk orang makan nasik lemak ayam berempah
ok dilema hahaha


bangun pagi terus teringat nasik lemak  aihhh la haha


tapi kat kedah ni ada nasik lemak royale. 
dia punya femes tu kalau beratur boleh la dlm 45 minit. 
tak kisah la hari cuti ka hari tak cuti.
dah tu jgn semua nak p beratur lak.
kena ada yang tunggu kerusi meja. 
kalau tak makan bersila la hang.


nasik lemak royale bukan nasik lemak klasik. 
yang balut daun pisang, ada sambal ikan bilis dengan telur rebus tu. 
tapi dia banjir baq hang, banjir!!


tuan punya badan  maap, saya copy kat  IG  tak habaq  hihi

mau tak banjir nasik lemak mamak. 
ala-ala nasik kandar la. cuma nasik dia lemak .
lauk pauk mcm nasik kandar. 
kuah kompom banjir . 
harga??entah aku dua kali try dua kali orang belanja.
terima kasih tahir!! hahaha.



cuma bonus kalau makan nasik lemak royale ni satu jalah.
sambil makan boleh jenguk rumah AG Coco 
kot untung nasib dia ada kat laman rumah.
kalau nak untung lagi maybe makan sebelah meja dia.
atau untung lebih beratur belakang dia ambik lauk haahhaha


motip??? sebab rumah dia sebelah kedai nasik royale tu.
 jangan tanya la asal ada orang tu kan, 
 datang dari shah alam nak makan nasik lemak royale.
hanya kerana dia  kipas susah mati AG Coco 
nama peminat tu adalah rahsia hmm..
sapa entah hahaahahaha..



p/s : tajuk saja nak gempak even takdak kaitan hahahha kbai 


Saturday, August 1, 2015

princess la sangat


raya haritu kak aku ajak ambik gambar family.
 semua mcm ok la. raya kan kena la ambik gambar ramai-ramai. 
masa nak ambik dia suruh anak buah aku yg sulung berdiri sebelah aku. 
anak buah aku tu tinggi mengalahkan aku. 


well aku mmg tak tinggi sangat tak pendek sangat
sebab tu kaki pun size 4. jenuh cari kasut. penat ok..
melalut sampai cerita kaki size cinderella dah kenapa??
nampak?? budget princess jugak kat situ...
kaki kecik dah perasan cinderellla. sengal tul wakakakaka


motip kenapa disuruh bediri sebelah adalah kerana 
aku takdak boifren. choiiii!!!
nak cakap semua dlm gambar dah ada partner la tu.
mcm aku tak faham. 


tapi aku mmg sejenis spesis cool. 
pehal lak aku nak sentapnya. 
aku buat dengaq tak dengaq ja kahkah..
senyum lebar ja dlm gambar. 
maklumlah pakai tudung neelofa..gituuuu ayat 
tapi harap ler aku nk letak gambar tu kat sini muhahaha


kejadian aku takdak bf ni mmg jadik isu jugak la. 
ingat epalejau?? bff aku yg duduk sabah tu. 
dulu masa bujang aku la teman mendengar segala keluh kesah dia. 
sekarang dia dah kawen, laki dia yang tadah telinga dengar ..
tahniah azlan !!hahaha


oleh sbb aku sorang ja bff epalejau yg azlan tak pernah jumpa , 
so dia ada la story sket pasal aku kat laki dia tu. 
epalejau cakap aku spesis yang 
sengal, single and possibility kawen dengan pilihan keluarga. 
tapi setakat ni family aku tak buat lagi drama paksa kawen.
so adegan aku bencik hang, hang bencik aku belum ada skrip heh


reaksi azlan  bila epalejau cakap mcm tu tau apa??
"ada ke pempuan mcm tu??" 
dia tak caya aku takdak boifren lorrr
azlan ni klu jumpa, mau aku cakap kat dia 
"tau kat mana ada jual boifren??"
"aku nak beli bungkus ikat tepi"
hahahaha


teh ais kedai sebelah opis aku mmg sangat sedap ..sekadar gambar hiasan ~


tapi mcm aku cakap tadi aku dasar spesis cool
aku buat dengar tak dengar ja. 
kejadian orang nak sangat tgk bf or aku kawen  ni dah biasa. 
cikgu mahfuzah bff aku lagi sorang , 
pernah cakap jodoh aku tu tersangkut kat traffic light merah. 
tunggu hijau lambat sangat. 
aku pernah update pasal tu klu ada yang ingat. 


alang-alang aku ni dah perasan princess, 
sebab konon kaki kecik  mcm cinderella la kan, 
aku rasa tak payah la tunggu jodoh yang tersangkut kat traffic light tu,  
tapi apa kata tunggu putera raja jatuh dari langit pulak hahahaa 



pilih la nak tgu lampu hijau or tgu putera raja jatuh dari langit ;P



p/s : jgn percaya sangat bab putera raja tu..aku melawak ja oiii hahahaa..

Thursday, July 23, 2015

40 sen


tadi balik keja singgah watson.
ada benda sket nak beli. 
sket ja. klu banyak kena kuar dgn tahir. 
motippppppp?? hahahaa 
ok abaikan aku dah start merapu kat situ ~


lepas dah main capai benda yg sket nak beli tu , 
aku pi kaunter nak bayar. 
adik manis tu cakap suma RM 34.40 
aku takdak duit kecik. 
aku hulur duit 100. 
ni suma salah maybank selalu kuar duit 100. 
susah tau ..nampak??
aku dah terkeluar jln cerita lagi hahaha..


lepas tu adik tu tanya 
"40 sen takdak ka kak"
aku cakap 
"oh ada - ada. sat "
bila aku bawak kuar ja duit syiling , 
terus dia tergelak. 

nak tau sbb dia gelak?? 
sbb ni..





kering ja aku bukak simpulan plastik tu depan dia..
agaknya dia pk ada jugak orang camni rupanya 


aku bukan sengaja nk buat lawak depan dia ka apa. 
pagi tadi aku tapau roti telur kat hussain. 
duit lebih sen-sen tu aku main masuk ja dlm plastik tu.
then aku letak plastik tu dlm greenbag. 
masa turun pi watson aku bawak greenbag tu. 
klu ni drama rantaian kan, 
cerita pasal plastik hussain dgn greenbag saja dah 4 episode 


so bila dia tanya terus aku teringat kat syiling dlm plastik tu. 
mmg aku selamba ja lah bawak kuar depan dia.
ate dah itu ja syiling aku ada nk buat camna..


lepas dah masuk dalam keta, 
aku tergelak jugak sebenarnya. 
dah la bila aku tgk kat cermin, 
tudung aku mmg boleh tahan senget la jugak..
balik keja kot.

terus aku rasa budak tu mesti pk
"kuar dari ceruk mana la agaknya akak tu"
waakakkaka



p/s : dlm mood raya lagi kan?? so selamat hari raya maaf zahir batin suma :)

Thursday, May 28, 2015

sila pilih


tetiba rajin pulak nak mengupdate..aku nak cerita pasai kaki ayam. ada la sorang kat opis aku tu feberet dia makan kaki ayam. senang cerita orang tu bos aku. bos number berapa itu biar rahsia. aku mmg banyak bos kat pejabat tu..


oleh sbb feberet dia kaki ayam, tiap kali dia pergi makan kat kedai makcik sebelah opis, dia mesti makan sup kaki ayam. pernah sekali dia ambik sampai 5 ketoi,  tau makcik tu cakap apa?? banyak ambik, nak jalan jauh ka?? wakakkakaa..


jujurnya aku even tak makan kaki ayam, aku tak la rasa geli  ka apa..aku ok, boleh lagi nak makan kuah sup tu takdak hal. cuma kaki tu aku tak makan sbb, hmm sbb tak mau makan la..nampak alasan??haha..tapi ada la opismate aku yang tak makan sbb geli. 


bila geli depa describe la kenapa yg geli tu. ada yang cakap sbb terbayang dia pijak macam-macam. ada yang terbayang kuku dia yang panjang, pastu tekstur kulit kaki ayam tu yang berlubang-lubang. tu pasal tak mampu nak telan...


so satu hari masa sembang pasal isu kaki ayam ni terus aku teringat dekat orang yang suka makan tongkeng ayam..aku mmg sengal kahkah..terus suma pakat geli sakan..lagi teruk geli dari kaki ayam tadi..


nak tambah sengal lagi aku suruh depa bayangkan kalau la kan cuma ada dua pilihan untuk makan. mmg takdak benda lain nak makan. yg ada depan depa cuma kaki ayam dan tongkeng ayam, mana satu nak pilih?? 


wakakaka mmg masing2 tak leh pilih..dua-dua tak mau..aku, klu itu ja yang ada, aku akan pilih kaki ayam..aku rasa kaki ayam lagi baik dari tongkeng ayam..tapi klu ada pilihan kaki ayam dan paha ayam mesti la aku pilih paha!!!


merapu kan entry?? jika ada yang baca entry ni sila la komen anda pilih kaki or tongkeng ayam?? aku nk tgk. hang budget ramai baca blog hang ni??sampai mintak komen, buat pilihan bagai??kemon fizah, sedar diri kahkah..


apapun sori pada yang mmg geli dengan kaki ayam or tongkeng ayam. aku tak bermaksud  nak buat hangpa suma kembang tekak. pada yg feberet nya kaki ayam or tongkeng ayam rilek la..itu namanya menikmati makanan..pilihan masing-masing ya dak?? dan mujur la aku tak tulis entry ni bulan puasa, takut kang ada yang pukul 12  dah meleleh air liur..




dah google gambar sup kaki ayam, tak sampai hati plak nk letak kat sini hihi

p/s : cuba kira berapa byk perkataan kaki ayam, tongkeng ayam yg ada dlm entry ni?? ;)

Monday, May 25, 2015

hati kau keras


one fine day
novel cinta yang nak mendidik
tak lagho bercinta 24 jam 

hamboih intro serious sangat
tapi jujurnya  susah kot aku nak habiskan baca






sampai satu tahap ok aku tak leh hadap dah 
lepas tu aku google
baca review
eh ramai yg suka novel ni rupanya


so aku sambung baca
tapi tetap aku tak leh hadam 
klu tak sbb aku takdak keja nk buat mmg aku dah stop baca
errr aku skip dekat2 nak habis tu heh


maybe betul one fine day ni best
cuma masalahnya
"hati kau keras fizah!!"


orang lain rasa sedih bila heroin suruh hero balik Pakistan kawen dengan pilihan keluarga. rasa suspen bila hero jumpa bakal isteri mintak kansel kawen sbb heroin tengah  tunggu kat Australia. rasa hepi setelah pelbagai dugaaan, akhirnya hero dan heroin bersatu dan hidup bahagia..ayat tak menahan bersatu  gitu hahaha


aku???
haha nak aku ulang dialog tadi??
rasa tu tak sampai agaknya..sori ~


tapi at least cara hero dan heroin bertemu tu aku suka
nampak?? tak la keras sangat pun wakakaka
kbai :)



p/s : nak tau apa yg bagus pasal one fine day ni kena la baca sendirik. lain org lain la penerimaanya ..ya dak?? :)


Sunday, April 26, 2015

camtu la kawan


budak praktikal kat kolej aku tanya
"kak fizah rasa kan lelaki mcm EL tu wujud tak??"
laju aku jawab sambil hadap pc
"tak, tipu ja suma tu"
kikiki


ok yg kenal EL, kenal la..
yg tak kenal EL dia watak dlm drama teman lelaki upahan..
but wait aku bukan nak review drama tu kat sini..
drama tu dah lama habis pun..
ramai yg suka dan ramai juga yg tak suka..
so itu selera masing-masing takdak hal


aku tak nak cakap pasal kisah cinta EL dan kyra..
sbb kisah cinta depa dongeng even aku tgk suma episode wakakaka
aku nk cakap pasal friendship EL dan Adam


kenapa dengan EL dan Adam??
depa sempoi kot..
dan camtu la kawan




belambak scene adam dengan EL kat youtube ..cari ja klu nak tgk  yg lain2..


aku bahan hang, hang bahan aku
bila kwn ada masalah , kita ada untuk tolong
or at least jadik pendengar yang baik
bila dia sedih, kita ada kat sebelah utk cakap
"kemon hang kena kuat!!"
bila ada orang cari pasal dengan kawan kita,
automatik kita akan jadik emo lebih dari tuan badan
oh well ahaks


jadik kawan baik tak semestinya kena ada minat yang sama
cuma kena faham dan tolak ansur
sbb takdak manusia yang sempurna kan
bila tak sempurna jgn la harap orang ja kena faham kita tak sempurna
kita pun kena la faham yang dia sama tak sempurna jugak
klu tak nak faham or tak boleh nak faham,
sendirik mau ingat la
sabar manusia tu ada had kot :)


contoh ,
aku tak buleh minum kopi,
klu minum kompom sakit kepala
tapi aku dpt kawan baik yg dalam sehari buleh telan begelas2 kopi..
tak tau la spesis apa ,
minum kopi tapi tdoq lena jugak .
kisahnya kat sini dia tak pernah paksa aku minum kopi,
aku yang sukarela teman dia minum latte,
aku maintain oder ice lemon tea
dan kami ok ~


contoh lain aku takdak bf,
tapi kawan baik aku akan cari aku bila putus,
logiknya apa aku buleh cakap pun selain pinjamkan selimut aku buat lap hingus dia
ok dah 100 kali ulang kes tu wakakaka


tapi tetap dia cari aku even duduk jauh beribu batu
bila aku tanya kenapa aku??
dia cakap ko expert
sbb bila ko bercakap pasal cinta-cinta ni,
ko guna otak tak guna hati
kembang sesaat heh


balasannya pulak ,
hari-hari dia redha dengar aku meroyan pasal keja kat opis
nampak?? aku meroyan ko dengar,
ko meroyan aku wajib dengar.
yesss!!sama2 kena tadah telinga okeh!!
apapun dia dah selamat kawen fuhhh


nak contoh lagi??
sudah2 la tu..
kak aku pernah cakap aku ramai kawan
reaksi aku mcm ya ka??
entah la..maybe ...
tapi aku pendiam dan pemalu orangnya
itu sebelum kenal la..dah kenal aku la paling tak malu
kbai


p/s 1 : entah aku merapu apa malam ni..
p/s 2 : semoga entry ni cukup panjang untuk dibaca oleh ankel jonni hahahaha


Tuesday, April 21, 2015

10 minutes


hi, peace!!

bukan nak  merapu cuma nak ajak  membaca sama-sama..

tak payah baca sampai berdarah hidung 

tapi baca untuk 10 minit  sahaja..

yes 10 minit




  Khamis 23 April 2015 ,  10.00  - 10.10 am


buleh kan??? 

alah bukan suruh baca novel teman lelaki upahan pun ahaks

baca jalah apa-apa 

baca blog pun buleh ..asalkan membaca bersama-sama ..

k, bai muah ciked!!

wakakakkaaka muntah hijau

daaaaa :)

Tuesday, February 10, 2015

10 februari

hari ini 10 februari 2015
besday sapa??
mesti la besday neelofa!!

oooo besday dia ingat..
besday aku??
kan kami sama tarikh 
lupa??

hahahaha
 ok aku dah masuk 30 harini
 sila percaya :)
dah masuk 30 tahun,
apa yang dah aku capai agaknya??


kerja
 suam-suam suku..
bukan minat aku
tapi percayalah aku bertahan 7 tahun di tempat yang sama
rahsia bertahan??? senang. 
 tak dapat kerja lain yang aku idamkan
dan  mesti la sbb hometown!! hahahaa


rumah
oh ya masih menumpang ayah dan emak..
makan free mak masak sedap kot..
ko ade??


bf/husband
takdak..dan tak nampak bayang pun...
so mulut kak2 aku tak masin ..
sila makan garam lebih sket yer kak eh


 kereta
sejarah kelisa kak aku tak mau pakai sbb manual..
tak larat tekan clutch katanya..
jadik serahkan pada si adik yang baru habis belajar..
aku la tu..
 kelisa tu dah habis bayar tapi masih laju
jadik jangan pujuk aku jual..
aku syg dia sangat-sangat ..
hamboih emosinya haha


anak
motipppp letak anak hahaha..
yep meskipun aku tak berlaki tapi aku ada  6 hero dan 6 princess
 yang hensem dan cantek serta comel
sbb mewarisi genetik cun aku wakakkaka..
k merapu


cameron highland
apa kes cameron higland?
aku dah 30 tahun
tapi sekali pun tak pernah sampai situ
 bila aku ajak kak-kak aku,
depa suh kawen
pergi sendirik dengan laki
aku diam tak pernah ajak dah 
 kesian


simple sangat life aku..tak hebat sangat pencapaian tapi aku sangat bersyukur..
ada keja, ada kereta, ada parents yang bagi duduk free dan makan sedap-sedap,
ada kakak-kakak baik dan tak kedekut cuma kena tahan telinga wakakaka,
ada abang-abang yang tak pernah tak tolong klu aku bukak mulut,
ada adik yang budget dia abang grrrrr,
ada anak-anak buah yang sangat sayangkan aku,
dan kawan-kawan yang selalu ada bila aku habis idea nk google apa kikiki..
alhamdulillah :)


hadiah besday arini..biskut kuat tiger haha


entry ni aku tulis sbb aku terkenangkan ticer mahfuzah..
kawan baik aku yang sekarang tengah diduga dengan dugaan hebat..
melihat ibu muda yang sedang berperang dengan si suami yang menghidap kanser,
buat aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada..

fuzah, be strong !!
Allah sentiasa ada dan kami juga akan selalu ada..
InsyaAllah Abah Hani Ulya akan sihat mcm dulu :)


Monday, January 26, 2015

aku lagi gembira bila...

aku bila kawan-kawan or family ajak berjalan laju ja cakap jom!! suka sangat even aku tak enjoy mcm orang lain sangat  pun. janji ada gambar dan jejak tempat tu pun dah ok..yg penting tumpang seronok ramai-ramai..

contoh la kan.pi genting. kemain ni excited..tapi tak main sangat pun..puas kena paksa, kena kutuk tapi aku menten ja. at least masa orang lain main, aku boleh tolong ambik gambar...sama la masa ramai2 pi cosmo world..orang lain menjerit naik itu ini, aku rilek gelak kat tepi..lepas tu ambik gambar sengih tak hengat.

masa 1st time nak try main ice skating, jgn cakap la betapa tak sabarnya tgu weekend.. sampai sana aku main la satu pusingan sebelum sedar aku tak berbakat main benda tu..licin woihhh...azab nak habis satu round..habis satu round, aku bukak kasut pastu gelak dari atas tgk kawan2 jatuh tergolek...

pergi langkawi pun sama..duduk malibest betul-betul tepi pantai cenang..anak-anak buah seronok mandi laut..aku ?? apa lagi budget buat video klip la..kuis-kuis pasir, air laut tepi pantai.. gituuuu.. tak rajin aku nak mandi laut..

masa kat escape theme park lebih kurang la ceritanya..selagi aku buleh elak, aku elak kikhkih..tapi bila suma orang tak nak try monkey business sbb tinggi, aku yang kesiankan kat sorang opismate ni rela teman dia naik..aku ok cuma malasss ja sebenarnya. asalkan benda tu tak memualkan perut aku  mcm roller coaster.

akan tetapi bila ada acara makan-makan sedap,  tak payah suruh, tak payah paksa atau kutuk. aku paling awal relakan diri. orang lain malu-malu nak makan. aku tak pandang kiri kanan dah..aku tengok pinggan aku ja.


 

yes food always makes people happy :)

p/s : tajuk tah apa-apa..

Monday, January 19, 2015

sel-sel otak sedang berhubung

tiga hari cuti, tak pi mana-mana mula kepala aku pikiaq nak makan apa..last-last teringat resepi pie shepherd cik epal. lama dh nak try tapi tak pernah nak rajin. so sabtu lepas mcm ada satu tenaga yang cakap kali ni mesti jadik..

resepi mmg 100% ikut blog dia kecuali satu aku tak letak, tomato..biasa la baca sekali budget ingat. balik rumah nak masak baru perasan ok tomato tak beli.

apapun nekad dan gigih tetap diteruskan even tanpa tomato..susu beli kotak kecik ja sbb pakai sikit ja pun..itu pun tak habis pakai..so simpan dlm freezer..saja nk biar beku sbb kompom tak minum punya susu tu..

so ni bahan-bahannya. yang tak dak dlm gambar cuma ayam sbb masa ni ayam tak siang lagi..tak beli ayam cincang siap2 pun..pakai cincang sendirik ja..klu nak detail bahan dan cara masak buleh la rujuk blog cikepal ye :)


dan ini la rupanya pie tu lepas siap bakar 30 minit..sedap jugak la rasa dia hahahaa..ayat biasa sendirik masak sendirik rasa sedap kekekekkekee..



ini lepas dh dipotong..dari segi rupa mmg tak cantik mcm cikepal punya la..aku kurang cemerlang klu bab presentation dan melawa-lawa ni...asal nampak ok dimata, aku dah puas hati..deep tak??hahahaa..


kat rumah aku ada tiga orang ja.tolak ayah aku yang mmg tak makan benda2 cengini mmg jawabnya tak habis la...ada lagi sebelah loyang kot..so aku simpan dlm freezer, esoknya aku buat roti goreng inti ayam salut telur..kiranya aku masak lain dan buat jadik inti..yg penting habis tak membazir.

malam tu plak, ingat tak ada susu lebih buat pie yang aku dah beku kan??itu pun aku tak bazir. orang lain bz tgk AJL aku kat dapur pikiaq nak makan apa hahaha..

kebetulan ada jagung kat dapur. aku rebus jagung tu then aku ambik susu beku tadi aku blend. dan hasilnya jadik la coolblog version aku..tak guna ais ketul tapi pakai susu beku..pandai kan??




jagung rebus dan susu beku yang kemudiannya bertukar menjadik ais blended..sedapp gilerr..letak plak garam sket mmg mabeles..coolblog ori pun tak sedap camni.. hahaha buleh tera tu?? hebat sangat perasan malam ni pizah oii..


serious sedap..sila try!!

itu sabtu dan ahad..isnin pun cuti lagi kan..otak tu berjalan ja pikiaq nak buat apa lagi..maka terjadik la sagu gula melaka yang sangat nikmat dimakan waktu sejuk..aaaaaaa nyaman bila membasahi tekak..hamboihhh..melebih-melebih pulak aihhh..



jadik kesimpulan dari entry ini adalah aku klu cuti dan tak kuar pi mana-mana dapur mak aku akan menjadik mangsa keadaan.. tabah la dia aku kecahkan wkaakaka..maka tahir hang ajak la aku kuar selalu bila weekend yer atau aku akan jadik gemok kerana sel-sel otak aku sedang berhubung pikiaq nk makan apa kahkah..


p/s tapi bukan klu kuar pun mmg aim nak makan ja ka??hahahaha

Saturday, January 3, 2015

tak tau nak letak tajuk apa

ada orang mintak aku belanja entry baru. suka sangat la tu baca entry aku kan??hahahahaa. intro dah buat sengal dgn orang. oh ya hepi new year suma!!especially yang lahir tahun lembu hehehe..

so kita nak merapu apa dulu??tak kisah la tahun berapa pun tapi blog ni mmg tujuannya merapu dan mmg tak la nak ada entry bersifat ilmiah. drama ni orang tak layan eh? aku dah try cari gambar poster lain tapi yang ini jugak kuarnya..




entry ni silap2 mmg aku kena bahan. kat opis aku, kaki2 drama melayu mmg tak minat drama bila hati berbicara. tak best katanya. aku , sebagai bukan kaki tengok drama melayu plak rasa eh buleh tahan ja hahahaa...

aku tak tengok suma episode. klu tengok pun tak cukup sejam.. tapi dekat-dekat nak habis tu aku follow jugak lah..aku rasa drama ni ok klu, klu orang abaikan part slow selain bukan jenis yang nak tengok hero macho, romantik dan nak nampak sweetttttttt sampai habis ekekekeke..

layan ja aku tengok si emir tu buli tania. bekenan tapi tak mau cakap..mcm-mcm dia buat nak bagi tania suka kat dia tapi benda-benda tu mmg tak sweet la dan menyakitkan hati. agak-agak tania nak suka kat dia balik??baik lagi dia suka pada bad..

bad dalam drama ni spesis baik sangat. suka tania tapi dia tau, dia tak kan menang dengan emir. so dia mengaku kalah awal-awal. nak menang camna dengan si emir tu??perangai emir mmg nak menang sentiasa. lagipun emir bukan setakat kawan baik dia tapi bos kot..itu yang dia ikut ja apa emir suruh buat...

tania aku tak faham dia suka sapa. ada masa aku rasa dia suka bad tapi tak nampak pun dia suka emir. dan biasa la drama melayu,  heroin nah hang kemain ramai peminat. tapi lepas dia kawen dengan emir nampak la dia mencuba utk  jadik isteri emir. tapi perangai emir buat dia konpius dan was-was betul ke emir suka dia..gituuuuuuuuu aku review hahaaha. apapun dalam banyak-banyak watak aku suka watak nadia. tegas tapi comel..

sebenarnya bila aku tengok perangai emir dalam drama ni aku teringat perangai student kolej aku..nama pun nak sama.sebijik perangai..asyik nak menang, cara bercakap pun sama..sesedap mulut dia ja nak kuar ayat dan kawan dia plak ibarat bad.

budak dua orang ni selalu bergaduh dekat library dan selalunya kawan dia akan beralah. bezanya emir versi kolej aku hensem banyak dari emir dlm drama hahahaha..sampai pernah la sekali aku cakap kat dia, tak nak masuk hero remaja??wakakaka.pandai la nak merosakkan budak tu..dia pun dah final sem, pasni takdak dah la emir qasha versi kolej aku  haha..


 p/s : jgn suruh aku review drama ganti hati bila berbicara..not my type klu 24jam nak sweet2 kuikui