Monday, January 26, 2015

aku lagi gembira bila...

aku bila kawan-kawan or family ajak berjalan laju ja cakap jom!! suka sangat even aku tak enjoy mcm orang lain sangat  pun. janji ada gambar dan jejak tempat tu pun dah ok..yg penting tumpang seronok ramai-ramai..

contoh la kan.pi genting. kemain ni excited..tapi tak main sangat pun..puas kena paksa, kena kutuk tapi aku menten ja. at least masa orang lain main, aku boleh tolong ambik gambar...sama la masa ramai2 pi cosmo world..orang lain menjerit naik itu ini, aku rilek gelak kat tepi..lepas tu ambik gambar sengih tak hengat.

masa 1st time nak try main ice skating, jgn cakap la betapa tak sabarnya tgu weekend.. sampai sana aku main la satu pusingan sebelum sedar aku tak berbakat main benda tu..licin woihhh...azab nak habis satu round..habis satu round, aku bukak kasut pastu gelak dari atas tgk kawan2 jatuh tergolek...

pergi langkawi pun sama..duduk malibest betul-betul tepi pantai cenang..anak-anak buah seronok mandi laut..aku ?? apa lagi budget buat video klip la..kuis-kuis pasir, air laut tepi pantai.. gituuuu.. tak rajin aku nak mandi laut..

masa kat escape theme park lebih kurang la ceritanya..selagi aku buleh elak, aku elak kikhkih..tapi bila suma orang tak nak try monkey business sbb tinggi, aku yang kesiankan kat sorang opismate ni rela teman dia naik..aku ok cuma malasss ja sebenarnya. asalkan benda tu tak memualkan perut aku  mcm roller coaster.

akan tetapi bila ada acara makan-makan sedap,  tak payah suruh, tak payah paksa atau kutuk. aku paling awal relakan diri. orang lain malu-malu nak makan. aku tak pandang kiri kanan dah..aku tengok pinggan aku ja.


 

yes food always makes people happy :)

p/s : tajuk tah apa-apa..

Monday, January 19, 2015

sel-sel otak sedang berhubung

tiga hari cuti, tak pi mana-mana mula kepala aku pikiaq nak makan apa..last-last teringat resepi pie shepherd cik epal. lama dh nak try tapi tak pernah nak rajin. so sabtu lepas mcm ada satu tenaga yang cakap kali ni mesti jadik..

resepi mmg 100% ikut blog dia kecuali satu aku tak letak, tomato..biasa la baca sekali budget ingat. balik rumah nak masak baru perasan ok tomato tak beli.

apapun nekad dan gigih tetap diteruskan even tanpa tomato..susu beli kotak kecik ja sbb pakai sikit ja pun..itu pun tak habis pakai..so simpan dlm freezer..saja nk biar beku sbb kompom tak minum punya susu tu..

so ni bahan-bahannya. yang tak dak dlm gambar cuma ayam sbb masa ni ayam tak siang lagi..tak beli ayam cincang siap2 pun..pakai cincang sendirik ja..klu nak detail bahan dan cara masak buleh la rujuk blog cikepal ye :)


dan ini la rupanya pie tu lepas siap bakar 30 minit..sedap jugak la rasa dia hahahaa..ayat biasa sendirik masak sendirik rasa sedap kekekekkekee..



ini lepas dh dipotong..dari segi rupa mmg tak cantik mcm cikepal punya la..aku kurang cemerlang klu bab presentation dan melawa-lawa ni...asal nampak ok dimata, aku dah puas hati..deep tak??hahahaa..


kat rumah aku ada tiga orang ja.tolak ayah aku yang mmg tak makan benda2 cengini mmg jawabnya tak habis la...ada lagi sebelah loyang kot..so aku simpan dlm freezer, esoknya aku buat roti goreng inti ayam salut telur..kiranya aku masak lain dan buat jadik inti..yg penting habis tak membazir.

malam tu plak, ingat tak ada susu lebih buat pie yang aku dah beku kan??itu pun aku tak bazir. orang lain bz tgk AJL aku kat dapur pikiaq nak makan apa hahaha..

kebetulan ada jagung kat dapur. aku rebus jagung tu then aku ambik susu beku tadi aku blend. dan hasilnya jadik la coolblog version aku..tak guna ais ketul tapi pakai susu beku..pandai kan??




jagung rebus dan susu beku yang kemudiannya bertukar menjadik ais blended..sedapp gilerr..letak plak garam sket mmg mabeles..coolblog ori pun tak sedap camni.. hahaha buleh tera tu?? hebat sangat perasan malam ni pizah oii..


serious sedap..sila try!!

itu sabtu dan ahad..isnin pun cuti lagi kan..otak tu berjalan ja pikiaq nak buat apa lagi..maka terjadik la sagu gula melaka yang sangat nikmat dimakan waktu sejuk..aaaaaaa nyaman bila membasahi tekak..hamboihhh..melebih-melebih pulak aihhh..



jadik kesimpulan dari entry ini adalah aku klu cuti dan tak kuar pi mana-mana dapur mak aku akan menjadik mangsa keadaan.. tabah la dia aku kecahkan wkaakaka..maka tahir hang ajak la aku kuar selalu bila weekend yer atau aku akan jadik gemok kerana sel-sel otak aku sedang berhubung pikiaq nk makan apa kahkah..


p/s tapi bukan klu kuar pun mmg aim nak makan ja ka??hahahaha

Saturday, January 3, 2015

tak tau nak letak tajuk apa

ada orang mintak aku belanja entry baru. suka sangat la tu baca entry aku kan??hahahahaa. intro dah buat sengal dgn orang. oh ya hepi new year suma!!especially yang lahir tahun lembu hehehe..

so kita nak merapu apa dulu??tak kisah la tahun berapa pun tapi blog ni mmg tujuannya merapu dan mmg tak la nak ada entry bersifat ilmiah. drama ni orang tak layan eh? aku dah try cari gambar poster lain tapi yang ini jugak kuarnya..




entry ni silap2 mmg aku kena bahan. kat opis aku, kaki2 drama melayu mmg tak minat drama bila hati berbicara. tak best katanya. aku , sebagai bukan kaki tengok drama melayu plak rasa eh buleh tahan ja hahahaa...

aku tak tengok suma episode. klu tengok pun tak cukup sejam.. tapi dekat-dekat nak habis tu aku follow jugak lah..aku rasa drama ni ok klu, klu orang abaikan part slow selain bukan jenis yang nak tengok hero macho, romantik dan nak nampak sweetttttttt sampai habis ekekekeke..

layan ja aku tengok si emir tu buli tania. bekenan tapi tak mau cakap..mcm-mcm dia buat nak bagi tania suka kat dia tapi benda-benda tu mmg tak sweet la dan menyakitkan hati. agak-agak tania nak suka kat dia balik??baik lagi dia suka pada bad..

bad dalam drama ni spesis baik sangat. suka tania tapi dia tau, dia tak kan menang dengan emir. so dia mengaku kalah awal-awal. nak menang camna dengan si emir tu??perangai emir mmg nak menang sentiasa. lagipun emir bukan setakat kawan baik dia tapi bos kot..itu yang dia ikut ja apa emir suruh buat...

tania aku tak faham dia suka sapa. ada masa aku rasa dia suka bad tapi tak nampak pun dia suka emir. dan biasa la drama melayu,  heroin nah hang kemain ramai peminat. tapi lepas dia kawen dengan emir nampak la dia mencuba utk  jadik isteri emir. tapi perangai emir buat dia konpius dan was-was betul ke emir suka dia..gituuuuuuuuu aku review hahaaha. apapun dalam banyak-banyak watak aku suka watak nadia. tegas tapi comel..

sebenarnya bila aku tengok perangai emir dalam drama ni aku teringat perangai student kolej aku..nama pun nak sama.sebijik perangai..asyik nak menang, cara bercakap pun sama..sesedap mulut dia ja nak kuar ayat dan kawan dia plak ibarat bad.

budak dua orang ni selalu bergaduh dekat library dan selalunya kawan dia akan beralah. bezanya emir versi kolej aku hensem banyak dari emir dlm drama hahahaha..sampai pernah la sekali aku cakap kat dia, tak nak masuk hero remaja??wakakaka.pandai la nak merosakkan budak tu..dia pun dah final sem, pasni takdak dah la emir qasha versi kolej aku  haha..


 p/s : jgn suruh aku review drama ganti hati bila berbicara..not my type klu 24jam nak sweet2 kuikui