Monday, January 19, 2015

sel-sel otak sedang berhubung

tiga hari cuti, tak pi mana-mana mula kepala aku pikiaq nak makan apa..last-last teringat resepi pie shepherd cik epal. lama dh nak try tapi tak pernah nak rajin. so sabtu lepas mcm ada satu tenaga yang cakap kali ni mesti jadik..

resepi mmg 100% ikut blog dia kecuali satu aku tak letak, tomato..biasa la baca sekali budget ingat. balik rumah nak masak baru perasan ok tomato tak beli.

apapun nekad dan gigih tetap diteruskan even tanpa tomato..susu beli kotak kecik ja sbb pakai sikit ja pun..itu pun tak habis pakai..so simpan dlm freezer..saja nk biar beku sbb kompom tak minum punya susu tu..

so ni bahan-bahannya. yang tak dak dlm gambar cuma ayam sbb masa ni ayam tak siang lagi..tak beli ayam cincang siap2 pun..pakai cincang sendirik ja..klu nak detail bahan dan cara masak buleh la rujuk blog cikepal ye :)


dan ini la rupanya pie tu lepas siap bakar 30 minit..sedap jugak la rasa dia hahahaa..ayat biasa sendirik masak sendirik rasa sedap kekekekkekee..



ini lepas dh dipotong..dari segi rupa mmg tak cantik mcm cikepal punya la..aku kurang cemerlang klu bab presentation dan melawa-lawa ni...asal nampak ok dimata, aku dah puas hati..deep tak??hahahaa..


kat rumah aku ada tiga orang ja.tolak ayah aku yang mmg tak makan benda2 cengini mmg jawabnya tak habis la...ada lagi sebelah loyang kot..so aku simpan dlm freezer, esoknya aku buat roti goreng inti ayam salut telur..kiranya aku masak lain dan buat jadik inti..yg penting habis tak membazir.

malam tu plak, ingat tak ada susu lebih buat pie yang aku dah beku kan??itu pun aku tak bazir. orang lain bz tgk AJL aku kat dapur pikiaq nak makan apa hahaha..

kebetulan ada jagung kat dapur. aku rebus jagung tu then aku ambik susu beku tadi aku blend. dan hasilnya jadik la coolblog version aku..tak guna ais ketul tapi pakai susu beku..pandai kan??




jagung rebus dan susu beku yang kemudiannya bertukar menjadik ais blended..sedapp gilerr..letak plak garam sket mmg mabeles..coolblog ori pun tak sedap camni.. hahaha buleh tera tu?? hebat sangat perasan malam ni pizah oii..


serious sedap..sila try!!

itu sabtu dan ahad..isnin pun cuti lagi kan..otak tu berjalan ja pikiaq nak buat apa lagi..maka terjadik la sagu gula melaka yang sangat nikmat dimakan waktu sejuk..aaaaaaa nyaman bila membasahi tekak..hamboihhh..melebih-melebih pulak aihhh..



jadik kesimpulan dari entry ini adalah aku klu cuti dan tak kuar pi mana-mana dapur mak aku akan menjadik mangsa keadaan.. tabah la dia aku kecahkan wkaakaka..maka tahir hang ajak la aku kuar selalu bila weekend yer atau aku akan jadik gemok kerana sel-sel otak aku sedang berhubung pikiaq nk makan apa kahkah..


p/s tapi bukan klu kuar pun mmg aim nak makan ja ka??hahahaha

6 comments:

  1. hahaha...ala..aku ingat update entry kontorversi..rupanya entry makan..by the way sheperd pie tu nampak sedap!! ater..kalo ajak kuaq every weekend kang..sel2 otak putuih pulak (maklumlah duit habis)..ngee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu klu update kang org cakap aku meroyan pulak..
      try la buat senang ja pun..umh hg ramai kompom habis..hahaha kompom putuih ya jugak ..

      Delete
  2. Kalau buleh like aku like smua entry ang pizz. Dok cari td button like tp xjpa. So komen sat kt sini. Coolblog jagung tu mmg xmenahan sgguh. Ang blend pkai blender hat blend cabai kering ka mmg ada blender khas hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama aku xjenguk blog sendirik.blender apa lagi uda yg blend cabai kering la wakakkakaa

      Delete
  3. Ya ALLAH rajinnyeeeeee anak sapeeeee niiiiiiiiiiii.. Aku kalau cuti nak tidooooooooooooooo je kalau boleh. Tapi serious tak tipuuu, semua gambar makanan dalam ni MENGGIURKAN!! Ko bila nak masak utk aku haa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan bila nk masak tu kena soal balik dgn soalan bila ko nak dtg sini??hahahaa

      Delete