Monday, January 26, 2015

aku lagi gembira bila...

aku bila kawan-kawan or family ajak berjalan laju ja cakap jom!! suka sangat even aku tak enjoy mcm orang lain sangat  pun. janji ada gambar dan jejak tempat tu pun dah ok..yg penting tumpang seronok ramai-ramai..

contoh la kan.pi genting. kemain ni excited..tapi tak main sangat pun..puas kena paksa, kena kutuk tapi aku menten ja. at least masa orang lain main, aku boleh tolong ambik gambar...sama la masa ramai2 pi cosmo world..orang lain menjerit naik itu ini, aku rilek gelak kat tepi..lepas tu ambik gambar sengih tak hengat.

masa 1st time nak try main ice skating, jgn cakap la betapa tak sabarnya tgu weekend.. sampai sana aku main la satu pusingan sebelum sedar aku tak berbakat main benda tu..licin woihhh...azab nak habis satu round..habis satu round, aku bukak kasut pastu gelak dari atas tgk kawan2 jatuh tergolek...

pergi langkawi pun sama..duduk malibest betul-betul tepi pantai cenang..anak-anak buah seronok mandi laut..aku ?? apa lagi budget buat video klip la..kuis-kuis pasir, air laut tepi pantai.. gituuuu.. tak rajin aku nak mandi laut..

masa kat escape theme park lebih kurang la ceritanya..selagi aku buleh elak, aku elak kikhkih..tapi bila suma orang tak nak try monkey business sbb tinggi, aku yang kesiankan kat sorang opismate ni rela teman dia naik..aku ok cuma malasss ja sebenarnya. asalkan benda tu tak memualkan perut aku  mcm roller coaster.

akan tetapi bila ada acara makan-makan sedap,  tak payah suruh, tak payah paksa atau kutuk. aku paling awal relakan diri. orang lain malu-malu nak makan. aku tak pandang kiri kanan dah..aku tengok pinggan aku ja.


 

yes food always makes people happy :)

p/s : tajuk tah apa-apa..

5 comments:

  1. demmm..menyesal aku baca entry ni time lagi sejam setengah nak lunch oiii...

    ReplyDelete
  2. mirakuru & gee
    ekekekekekeke maybe next time kena bca blog ni time lepas lunch ;)

    ReplyDelete
  3. pastu ko heran berat ko dah mencecah 57 kan?? eh ke 59? hahahahaha..

    aku paling suka main roller coaster bagai tu.. kalau pegi mana2 taman tema then balik tanpa main tu aku rasa baik takyah gi. haha sampai gitu tauu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha belum lagi cecah 57 had berat aku..55 jer wakaakaa

      Delete