Sunday, April 26, 2015

camtu la kawan


budak praktikal kat kolej aku tanya
"kak fizah rasa kan lelaki mcm EL tu wujud tak??"
laju aku jawab sambil hadap pc
"tak, tipu ja suma tu"
kikiki


ok yg kenal EL, kenal la..
yg tak kenal EL dia watak dlm drama teman lelaki upahan..
but wait aku bukan nak review drama tu kat sini..
drama tu dah lama habis pun..
ramai yg suka dan ramai juga yg tak suka..
so itu selera masing-masing takdak hal


aku tak nak cakap pasal kisah cinta EL dan kyra..
sbb kisah cinta depa dongeng even aku tgk suma episode wakakaka
aku nk cakap pasal friendship EL dan Adam


kenapa dengan EL dan Adam??
depa sempoi kot..
dan camtu la kawan




belambak scene adam dengan EL kat youtube ..cari ja klu nak tgk  yg lain2..


aku bahan hang, hang bahan aku
bila kwn ada masalah , kita ada untuk tolong
or at least jadik pendengar yang baik
bila dia sedih, kita ada kat sebelah utk cakap
"kemon hang kena kuat!!"
bila ada orang cari pasal dengan kawan kita,
automatik kita akan jadik emo lebih dari tuan badan
oh well ahaks


jadik kawan baik tak semestinya kena ada minat yang sama
cuma kena faham dan tolak ansur
sbb takdak manusia yang sempurna kan
bila tak sempurna jgn la harap orang ja kena faham kita tak sempurna
kita pun kena la faham yang dia sama tak sempurna jugak
klu tak nak faham or tak boleh nak faham,
sendirik mau ingat la
sabar manusia tu ada had kot :)


contoh ,
aku tak buleh minum kopi,
klu minum kompom sakit kepala
tapi aku dpt kawan baik yg dalam sehari buleh telan begelas2 kopi..
tak tau la spesis apa ,
minum kopi tapi tdoq lena jugak .
kisahnya kat sini dia tak pernah paksa aku minum kopi,
aku yang sukarela teman dia minum latte,
aku maintain oder ice lemon tea
dan kami ok ~


contoh lain aku takdak bf,
tapi kawan baik aku akan cari aku bila putus,
logiknya apa aku buleh cakap pun selain pinjamkan selimut aku buat lap hingus dia
ok dah 100 kali ulang kes tu wakakaka


tapi tetap dia cari aku even duduk jauh beribu batu
bila aku tanya kenapa aku??
dia cakap ko expert
sbb bila ko bercakap pasal cinta-cinta ni,
ko guna otak tak guna hati
kembang sesaat heh


balasannya pulak ,
hari-hari dia redha dengar aku meroyan pasal keja kat opis
nampak?? aku meroyan ko dengar,
ko meroyan aku wajib dengar.
yesss!!sama2 kena tadah telinga okeh!!
apapun dia dah selamat kawen fuhhh


nak contoh lagi??
sudah2 la tu..
kak aku pernah cakap aku ramai kawan
reaksi aku mcm ya ka??
entah la..maybe ...
tapi aku pendiam dan pemalu orangnya
itu sebelum kenal la..dah kenal aku la paling tak malu
kbai


p/s 1 : entah aku merapu apa malam ni..
p/s 2 : semoga entry ni cukup panjang untuk dibaca oleh ankel jonni hahahaha


4 comments:

  1. bab minum bergelas2 kopi tapi masih tidoq lena..hahah..memang win hokay..sapa la budak tu?? tapi bab teman minum latte tu x leh blah..sebab hang minum bnyak dari aku..nanti kita p cari latte tu lagi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa entah..tak penah aku jumpa org gila kopi camtu dasat naauuu hahaha...rupanya brand tu ada yogurt drink jugak..ok aku nak beli xmau dh tumpang latte hang..nanti aku lupa diri pastu aku yg azab hahahaa

      Delete
  2. 100 kali ulang ke? Apasal aku rasa kes selimut buat lap hingus tu macam trademark kat batang hidung aku je. Hahaa tapi seriously kalau ingat time tu, ko tak becakap apa pun kan. Ko dengar je kawan ko ni merintih. Hahaha merintih gitewwww sambil hulur selimut ko ;)))

    by the way, sampai sekarang aku selesa ngadu apa2 kat ko. and yes, sebab you are bringing together your brain while giving your opinion. kalau takat nak ikut hati je, baik aku cakap ngan diri sendiri kan? dah cukup ikut hati dah :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaha mau tak senyap..tetiba ko tolak pintu bilik lompat atas katil nanges..agak2 aku nk cakap apa??..n aku pun akan cari ko klu aku rasa xbest la kan?? :)

      Delete