Thursday, May 28, 2015

sila pilih


tetiba rajin pulak nak mengupdate..aku nak cerita pasai kaki ayam. ada la sorang kat opis aku tu feberet dia makan kaki ayam. senang cerita orang tu bos aku. bos number berapa itu biar rahsia. aku mmg banyak bos kat pejabat tu..


oleh sbb feberet dia kaki ayam, tiap kali dia pergi makan kat kedai makcik sebelah opis, dia mesti makan sup kaki ayam. pernah sekali dia ambik sampai 5 ketoi,  tau makcik tu cakap apa?? banyak ambik, nak jalan jauh ka?? wakakkakaa..


jujurnya aku even tak makan kaki ayam, aku tak la rasa geli  ka apa..aku ok, boleh lagi nak makan kuah sup tu takdak hal. cuma kaki tu aku tak makan sbb, hmm sbb tak mau makan la..nampak alasan??haha..tapi ada la opismate aku yang tak makan sbb geli. 


bila geli depa describe la kenapa yg geli tu. ada yang cakap sbb terbayang dia pijak macam-macam. ada yang terbayang kuku dia yang panjang, pastu tekstur kulit kaki ayam tu yang berlubang-lubang. tu pasal tak mampu nak telan...


so satu hari masa sembang pasal isu kaki ayam ni terus aku teringat dekat orang yang suka makan tongkeng ayam..aku mmg sengal kahkah..terus suma pakat geli sakan..lagi teruk geli dari kaki ayam tadi..


nak tambah sengal lagi aku suruh depa bayangkan kalau la kan cuma ada dua pilihan untuk makan. mmg takdak benda lain nak makan. yg ada depan depa cuma kaki ayam dan tongkeng ayam, mana satu nak pilih?? 


wakakaka mmg masing2 tak leh pilih..dua-dua tak mau..aku, klu itu ja yang ada, aku akan pilih kaki ayam..aku rasa kaki ayam lagi baik dari tongkeng ayam..tapi klu ada pilihan kaki ayam dan paha ayam mesti la aku pilih paha!!!


merapu kan entry?? jika ada yang baca entry ni sila la komen anda pilih kaki or tongkeng ayam?? aku nk tgk. hang budget ramai baca blog hang ni??sampai mintak komen, buat pilihan bagai??kemon fizah, sedar diri kahkah..


apapun sori pada yang mmg geli dengan kaki ayam or tongkeng ayam. aku tak bermaksud  nak buat hangpa suma kembang tekak. pada yg feberet nya kaki ayam or tongkeng ayam rilek la..itu namanya menikmati makanan..pilihan masing-masing ya dak?? dan mujur la aku tak tulis entry ni bulan puasa, takut kang ada yang pukul 12  dah meleleh air liur..




dah google gambar sup kaki ayam, tak sampai hati plak nk letak kat sini hihi

p/s : cuba kira berapa byk perkataan kaki ayam, tongkeng ayam yg ada dlm entry ni?? ;)

Monday, May 25, 2015

hati kau keras


one fine day
novel cinta yang nak mendidik
tak lagho bercinta 24 jam 

hamboih intro serious sangat
tapi jujurnya  susah kot aku nak habiskan baca






sampai satu tahap ok aku tak leh hadap dah 
lepas tu aku google
baca review
eh ramai yg suka novel ni rupanya


so aku sambung baca
tapi tetap aku tak leh hadam 
klu tak sbb aku takdak keja nk buat mmg aku dah stop baca
errr aku skip dekat2 nak habis tu heh


maybe betul one fine day ni best
cuma masalahnya
"hati kau keras fizah!!"


orang lain rasa sedih bila heroin suruh hero balik Pakistan kawen dengan pilihan keluarga. rasa suspen bila hero jumpa bakal isteri mintak kansel kawen sbb heroin tengah  tunggu kat Australia. rasa hepi setelah pelbagai dugaaan, akhirnya hero dan heroin bersatu dan hidup bahagia..ayat tak menahan bersatu  gitu hahaha


aku???
haha nak aku ulang dialog tadi??
rasa tu tak sampai agaknya..sori ~


tapi at least cara hero dan heroin bertemu tu aku suka
nampak?? tak la keras sangat pun wakakaka
kbai :)



p/s : nak tau apa yg bagus pasal one fine day ni kena la baca sendirik. lain org lain la penerimaanya ..ya dak?? :)