Thursday, July 23, 2015

40 sen


tadi balik keja singgah watson.
ada benda sket nak beli. 
sket ja. klu banyak kena kuar dgn tahir. 
motippppppp?? hahahaa 
ok abaikan aku dah start merapu kat situ ~


lepas dah main capai benda yg sket nak beli tu , 
aku pi kaunter nak bayar. 
adik manis tu cakap suma RM 34.40 
aku takdak duit kecik. 
aku hulur duit 100. 
ni suma salah maybank selalu kuar duit 100. 
susah tau ..nampak??
aku dah terkeluar jln cerita lagi hahaha..


lepas tu adik tu tanya 
"40 sen takdak ka kak"
aku cakap 
"oh ada - ada. sat "
bila aku bawak kuar ja duit syiling , 
terus dia tergelak. 

nak tau sbb dia gelak?? 
sbb ni..





kering ja aku bukak simpulan plastik tu depan dia..
agaknya dia pk ada jugak orang camni rupanya 


aku bukan sengaja nk buat lawak depan dia ka apa. 
pagi tadi aku tapau roti telur kat hussain. 
duit lebih sen-sen tu aku main masuk ja dlm plastik tu.
then aku letak plastik tu dlm greenbag. 
masa turun pi watson aku bawak greenbag tu. 
klu ni drama rantaian kan, 
cerita pasal plastik hussain dgn greenbag saja dah 4 episode 


so bila dia tanya terus aku teringat kat syiling dlm plastik tu. 
mmg aku selamba ja lah bawak kuar depan dia.
ate dah itu ja syiling aku ada nk buat camna..


lepas dah masuk dalam keta, 
aku tergelak jugak sebenarnya. 
dah la bila aku tgk kat cermin, 
tudung aku mmg boleh tahan senget la jugak..
balik keja kot.

terus aku rasa budak tu mesti pk
"kuar dari ceruk mana la agaknya akak tu"
waakakkaka



p/s : dlm mood raya lagi kan?? so selamat hari raya maaf zahir batin suma :)

6 comments:

  1. alaaa..aku igtkan tadik entri campak-campak syawal..tapi aku tetap happy ada entri baru..hahaha..eh motipp kuaq ngan aku beli barang bnyk? asyik beli stock sabun ja hang tu kan..kahkahkah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rajin nak campak camna nk buat entry nya?? hahaaha
      kira besaq rahmat la aku update..ikut hati malehh...faktor usia mungkin wakaaka..

      Delete
  2. Salam singgah :)

    Pernah jadi dekat aku jugak. Hari jumaat aku gi 7E nak beli barang. Dia mintak duit syiling, aku kata ada. Aku cabut songkok (sbb baru balik solat jumaat) aku korek celah songkok cari duit syiling. Tergelak cashier awek tu.
    Nasib baik awek. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cero :)
      itu la.main bawak kuar tak pk apa dah...
      haha entah2 dlm hati awek cashier tu cakap "comei jugak mamat ni"

      Delete
  3. Hahaha hebat. Walaupun beg duit syiling tu nampak kasihan sangat kan, aku tak rasa plak cashier tu nak kesian kat ko. Sebab note RM100 tu dah tunjuk sangat ko mampu nak beli purse mewah. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah purse aku pun xnmpk mcm purse mewah..hahahaa..aku asal boleh jer mcm ko xtau la kan...

      Delete