Saturday, August 1, 2015

princess la sangat


raya haritu kak aku ajak ambik gambar family.
 semua mcm ok la. raya kan kena la ambik gambar ramai-ramai. 
masa nak ambik dia suruh anak buah aku yg sulung berdiri sebelah aku. 
anak buah aku tu tinggi mengalahkan aku. 


well aku mmg tak tinggi sangat tak pendek sangat
sebab tu kaki pun size 4. jenuh cari kasut. penat ok..
melalut sampai cerita kaki size cinderella dah kenapa??
nampak?? budget princess jugak kat situ...
kaki kecik dah perasan cinderellla. sengal tul wakakakaka


motip kenapa disuruh bediri sebelah adalah kerana 
aku takdak boifren. choiiii!!!
nak cakap semua dlm gambar dah ada partner la tu.
mcm aku tak faham. 


tapi aku mmg sejenis spesis cool. 
pehal lak aku nak sentapnya. 
aku buat dengaq tak dengaq ja kahkah..
senyum lebar ja dlm gambar. 
maklumlah pakai tudung neelofa..gituuuu ayat 
tapi harap ler aku nk letak gambar tu kat sini muhahaha


kejadian aku takdak bf ni mmg jadik isu jugak la. 
ingat epalejau?? bff aku yg duduk sabah tu. 
dulu masa bujang aku la teman mendengar segala keluh kesah dia. 
sekarang dia dah kawen, laki dia yang tadah telinga dengar ..
tahniah azlan !!hahaha


oleh sbb aku sorang ja bff epalejau yg azlan tak pernah jumpa , 
so dia ada la story sket pasal aku kat laki dia tu. 
epalejau cakap aku spesis yang 
sengal, single and possibility kawen dengan pilihan keluarga. 
tapi setakat ni family aku tak buat lagi drama paksa kawen.
so adegan aku bencik hang, hang bencik aku belum ada skrip heh


reaksi azlan  bila epalejau cakap mcm tu tau apa??
"ada ke pempuan mcm tu??" 
dia tak caya aku takdak boifren lorrr
azlan ni klu jumpa, mau aku cakap kat dia 
"tau kat mana ada jual boifren??"
"aku nak beli bungkus ikat tepi"
hahahaha


teh ais kedai sebelah opis aku mmg sangat sedap ..sekadar gambar hiasan ~


tapi mcm aku cakap tadi aku dasar spesis cool
aku buat dengar tak dengar ja. 
kejadian orang nak sangat tgk bf or aku kawen  ni dah biasa. 
cikgu mahfuzah bff aku lagi sorang , 
pernah cakap jodoh aku tu tersangkut kat traffic light merah. 
tunggu hijau lambat sangat. 
aku pernah update pasal tu klu ada yang ingat. 


alang-alang aku ni dah perasan princess, 
sebab konon kaki kecik  mcm cinderella la kan, 
aku rasa tak payah la tunggu jodoh yang tersangkut kat traffic light tu,  
tapi apa kata tunggu putera raja jatuh dari langit pulak hahahaa 



pilih la nak tgu lampu hijau or tgu putera raja jatuh dari langit ;P



p/s : jgn percaya sangat bab putera raja tu..aku melawak ja oiii hahahaa..