Saturday, August 1, 2015

princess la sangat


raya haritu kak aku ajak ambik gambar family.
 semua mcm ok la. raya kan kena la ambik gambar ramai-ramai. 
masa nak ambik dia suruh anak buah aku yg sulung berdiri sebelah aku. 
anak buah aku tu tinggi mengalahkan aku. 


well aku mmg tak tinggi sangat tak pendek sangat
sebab tu kaki pun size 4. jenuh cari kasut. penat ok..
melalut sampai cerita kaki size cinderella dah kenapa??
nampak?? budget princess jugak kat situ...
kaki kecik dah perasan cinderellla. sengal tul wakakakaka


motip kenapa disuruh bediri sebelah adalah kerana 
aku takdak boifren. choiiii!!!
nak cakap semua dlm gambar dah ada partner la tu.
mcm aku tak faham. 


tapi aku mmg sejenis spesis cool. 
pehal lak aku nak sentapnya. 
aku buat dengaq tak dengaq ja kahkah..
senyum lebar ja dlm gambar. 
maklumlah pakai tudung neelofa..gituuuu ayat 
tapi harap ler aku nk letak gambar tu kat sini muhahaha


kejadian aku takdak bf ni mmg jadik isu jugak la. 
ingat epalejau?? bff aku yg duduk sabah tu. 
dulu masa bujang aku la teman mendengar segala keluh kesah dia. 
sekarang dia dah kawen, laki dia yang tadah telinga dengar ..
tahniah azlan !!hahaha


oleh sbb aku sorang ja bff epalejau yg azlan tak pernah jumpa , 
so dia ada la story sket pasal aku kat laki dia tu. 
epalejau cakap aku spesis yang 
sengal, single and possibility kawen dengan pilihan keluarga. 
tapi setakat ni family aku tak buat lagi drama paksa kawen.
so adegan aku bencik hang, hang bencik aku belum ada skrip heh


reaksi azlan  bila epalejau cakap mcm tu tau apa??
"ada ke pempuan mcm tu??" 
dia tak caya aku takdak boifren lorrr
azlan ni klu jumpa, mau aku cakap kat dia 
"tau kat mana ada jual boifren??"
"aku nak beli bungkus ikat tepi"
hahahaha


teh ais kedai sebelah opis aku mmg sangat sedap ..sekadar gambar hiasan ~


tapi mcm aku cakap tadi aku dasar spesis cool
aku buat dengar tak dengar ja. 
kejadian orang nak sangat tgk bf or aku kawen  ni dah biasa. 
cikgu mahfuzah bff aku lagi sorang , 
pernah cakap jodoh aku tu tersangkut kat traffic light merah. 
tunggu hijau lambat sangat. 
aku pernah update pasal tu klu ada yang ingat. 


alang-alang aku ni dah perasan princess, 
sebab konon kaki kecik  mcm cinderella la kan, 
aku rasa tak payah la tunggu jodoh yang tersangkut kat traffic light tu,  
tapi apa kata tunggu putera raja jatuh dari langit pulak hahahaa 



pilih la nak tgu lampu hijau or tgu putera raja jatuh dari langit ;P



p/s : jgn percaya sangat bab putera raja tu..aku melawak ja oiii hahahaa..

12 comments:

  1. Ecah sorang lagi dia xpenah jmpa tp ecah ni azlan tau la jgk kadang kontek aku meroyan2 gaDo ngn bf ke bagai. Yg ko yg dia heran ni. Wujud ke pempuan yg xheran ngn laki ni? Dia rasa either pmpuan tu x wujud atau pun alaaaa ko tipu tu. Hahaha nape x citer watak laki ko dlm imejinasi aku??? -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak citer sbb org mcm tu takdak dlm imaginasi aku..so tak leh nk link dlm entry waakakakakaa..cakap kat azlan aku puji sharul pelakon tu hensem ok !!hahaahhaa

      Delete
  2. ehem..sampai bab jodoh panjang nauu entry kan..sempat komen ni pon sebab org tgh pasang cctv kat ofis..lepas ni bertabahlah..buat keja tak panggung kepala..hahah...

    p/s: baidewei teh ais tu memang nampak sangat sedap ok!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb suma komen pasal jodoh boleh combine jadi satu entry..senang harung suma.trafic light lah..jatuh dari langit lah kan..baidewei setahu aku hg mmg dh ketaq kepala buat keja sebelum ada cctv lagi..lain la hero industan sorang tu wakaakakaka

      Delete
  3. Sebenarnya cerita jodoh ke? ingat cerita raya.. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha selalu kan camni..intro lain tgh lain..ennding tah apa2..dasar sengal la katakan ekekekekeke

      Delete
  4. Alaaa.. Ankel kan adaaa.. Ikat ja tang mana.. Ikat tepi boleh.. Ikat atas bulih.... Ikat perut pun bulihhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikat perut kurus la jawabnya hahahaahaha

      Delete
  5. Aku paham perasaan nak boifren tuuu! Dulu aku bersungguh sungguh desperate nak boifren, ye la, kawan sekolah semua ada boifren, kalau tak boifren pun, "secret" crush....aku ni, boifren tak de, secret crush lagi la tak de, yg ada hati ber-crushed crushed ada lah. Akhirnya, setelah bertahun tahun mencari boifren, nasib baik satu melekat.

    Kesimpulannya, sila jangan give up. Teruskan usaha menggedik. Mana tau kot kot melekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk speechless terus baca komen alia ni haahaahaa..taknak cari lah..tgu jatuh dari langit buleh?? kekekekekekee

      Delete
  6. Aku kalau orang tanya pasal boipren aku akan jawab 'satgi aku p cari tepi jalan'. bila orang tanya nak kawin bila, aku akan jawab '30 febuari'. hehehe. plus aku sebenaqnya lebih suka single life. freedoomm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih menarik gak jawapan tu..kena tambah dlm kamus jawapan2 best utk soalan bila nk kawen pasni muhahahhaha

      Delete