Tuesday, September 15, 2015

selamat pagi sayangku..


selamat pagi sayangku..
apa khabar diri mu??
maafkan andai menganggu lena mu..


buang tebiat bukak entry camtu??
hahahha takdak keja pagi-pagi ni.
lirik lagu lah !


oleh kerana hari ni hari lahir malaysia 
aku pun breakfast nasik lemak. 
err bukan hari lain pun makan nasik lemak ka??
 ya maybe cuma hari ini rasa special sikit 
gituuuuuuuuu ayat ~


biasa la nasik lemak. 
aku jenis suka yang klasik. 
ada sambal ikan bilis dengan telur rebus. 
kalau takdak sambal ikan bilis , 
takdak telur rebus, 
nasik lemak tu takdak makna pada aku. 
cewahhhh..
buat la ayat camtu..
jgn menyesal klu  tgk orang makan nasik lemak ayam berempah
ok dilema hahaha


bangun pagi terus teringat nasik lemak  aihhh la haha


tapi kat kedah ni ada nasik lemak royale. 
dia punya femes tu kalau beratur boleh la dlm 45 minit. 
tak kisah la hari cuti ka hari tak cuti.
dah tu jgn semua nak p beratur lak.
kena ada yang tunggu kerusi meja. 
kalau tak makan bersila la hang.


nasik lemak royale bukan nasik lemak klasik. 
yang balut daun pisang, ada sambal ikan bilis dengan telur rebus tu. 
tapi dia banjir baq hang, banjir!!


tuan punya badan  maap, saya copy kat  IG  tak habaq  hihi

mau tak banjir nasik lemak mamak. 
ala-ala nasik kandar la. cuma nasik dia lemak .
lauk pauk mcm nasik kandar. 
kuah kompom banjir . 
harga??entah aku dua kali try dua kali orang belanja.
terima kasih tahir!! hahaha.



cuma bonus kalau makan nasik lemak royale ni satu jalah.
sambil makan boleh jenguk rumah AG Coco 
kot untung nasib dia ada kat laman rumah.
kalau nak untung lagi maybe makan sebelah meja dia.
atau untung lebih beratur belakang dia ambik lauk haahhaha


motip??? sebab rumah dia sebelah kedai nasik royale tu.
 jangan tanya la asal ada orang tu kan, 
 datang dari shah alam nak makan nasik lemak royale.
hanya kerana dia  kipas susah mati AG Coco 
nama peminat tu adalah rahsia hmm..
sapa entah hahaahahaha..



p/s : tajuk saja nak gempak even takdak kaitan hahahha kbai