Friday, October 9, 2015

henna dan perempuan


haluuuuu :)
malam ni aku nak bebel pasal henna. 
yep henna. alah, inai tu.
seriously seumur hidup aku sekali ja aku pernah pakai.
itu pun masa kecik-kecik dulu.
kecik sangat dan aku pakai tanpa sedar.



camna tanpa sedar tu meh sini nak cerita.
masa tu aku rasa maybe aku umur 7 or 8 tahun kot.
aku tdo umah maksedara aku sbb esoknya kazen nak kawen.
last memori sebelum tdo tu rasanya kazen aku tengah pakai inai.
dan esoknya bangun-bangun pagi jari aku jadik merah.
merah terang baq hang!!!
aku macam, arghhhhhh why?????



aku syak lebihan inai tu depa sayang nak buang,
 so depa jadikan jari aku mangsa.
nampak??? kes kena aniaya baik punya. 
seriously sampai sekarang aku tak tau  sapa punya angkara 
aku memang tak suka kot
 dan rasa tak suka tu kekal sampai sekarang heh



baru-baru ni budak kolej aku pakat duk gila lukis henna.
sebab ada salah sorang tu nak kawen.
so kawan-kawan duk pakat test lukis kat tangan dia.
aku ok ja.tengok jalah depa duk melukis corak macam-macam.
bila depa suruh pilih mana satu cantik, aku pilih macam pakar la kan
even aku tak minat tapi kalau orang lain minat aku layan ja..takdak masalah pun. 
cuma jangan buat kat tangan aku..itu sangat tak ok !! haha






tapi biasa la budak-budak tu. depa duk suruh aku  lukis jugak.
memang tak la aku nak buat. 
bila aku taknak depa suruh pakai kat kuku ja.
agak-agak aku nak pakai?? jawapannya tidakkkkkkkk!!
aku dasar kental jugak sebenarnya hahaha



dalam aku duk menjawab tak nak tu,
tetiba akak opismate aku cakap pakai la fizah.
jadik la macam perempuan sikit 
aku macam oh jadik perempuan kena pakai inai rupanya
bukan pakai tudung wakakakakaa
aku sekadar berkata-kata didalam hati 
ayat nak drama jugak sikit hahaha



dalam hati cakap camtu 
depan aku cakap camni 
alah fatin liyana kawen tak pakai inai pun
pembaca berita jay jamalina pun tak pakai inai masa kawen
bukankah mereka perempuan - perempuan yang jelita??
ayat nampak??taknak kalah punya hahahaa
tapi masa aku taip entry ni ,
aku google jay pakai  inai jugak la masa resepsi kuang2



cuma pada aku kalau ada lelaki boleh terima 
 perempuan yang :
satu, kawen taknak pakai inai
dua, kawen taknak ada gambar outdoor 
tiga,  kawen taknak pakai tiara kat kepala
aku lah perempuan itu kahkah



mungkin  orang yang baca entry ni akan cakap
fizah hang nak kawen ke tidak sebenarnya?hahahahahaaha...


jawapannya??
bak kata kullesfafa kat IG dia
"hantu datang, kita boleh lawan.
tapi kalau jodoh yang datang , mana boleh lawan "



apa yang boleh aku cakap buat masa ni
hantu tak datang, jodoh pun tak datang hahahaha
dan aku pun tak pergi mencari hantu mahupun jodoh
kerana aku baik-baik saja cengini :)
paling penting aku takyah pakai inai sebab nak jadi perempuan
boleh cengitu?? ahahha kbai



p/s: ni la sebab kenapa aku masih update blog. nak tulis cengini kat facebook??
try la kalau nak kena bahan heh


9 comments:

  1. uncle pernah buat kat bahu... konon2 tatu la tu...!

    hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tatu henna xpe..boleh tanggal ~

      Delete
  2. Oi aku xtaktau plak fatin liyana kawen x pakai inai. Alasan dorg apa eh x pakai?

    Bytheway, lelaki mmg x kesah klo ko xnak pakai inai, xnak outdoor, xnak pakai tiara. Ko igt dorg pedulik? Baju kawen warna apa pun dorg xnak amik pedulik ko tau tak. Keje engkau la tu yg urus. Kakakakaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb takmau pakai la kot sbb tu tak pakai wakakaka..
      hahaha then dapat aku dasar tak suka benda2 tu..ha senang sangat urusan..haihhh mana nk cari orang cam aku ? kahkah ayat meninggi diri disitu..

      Delete
  3. ehem...actually kalo tu la kriteria lelaki yg hang carik...senang sgt pizah...ramai kot..obviously laki x kisah pon semua benda tu..nak2 kalo hang buleh sep bajet depa..jalan!!!...baidewei..lama dah kot x penah tgk pengantin pompuan pakai tiara kat kepala...kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhahaa ok kita tutup cerita inai dan tiara sampai sini..sudah merapu!! Hahaha

      Delete
  4. mana boleh tutup cerita.. sambung lagi... ang kena pakai tiara, kalu tak org tak tau mana pengantin mana pengapit. kang tak pepasal tok kadi nikahkan pengapit ang...

    pastu takyah gambar outdoor takpa... tp yg penting kena ada perarakan naik motor vespa. Ang diarak naik vespa pusing 1 alor setar... haaaaaa... grand gitu... akekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa kena update entry lain cepat2 ni..kang jadik sinetron tak habis2 cerita wakakkaa...budget femes la kan nak grand sampai pusing aloq staq?hahaha..

      Delete
    2. hahahha...tak tahan tgk komen ankel jonni..nak likeeeee!!!

      Delete