Monday, October 17, 2016

entry ni tidak berbayar ye



cun sangat ankel jonni punya lukisan ni
power-power!!

ankel sila kembang kempis hidung sebab intro entry dah puji wakaka




terus on laptop update entry
kata support member - member kan
walaupun aku dapat free haahhaaha
thanks kokda hadiahkan
even aku tau kokda dah pencen baca blog ~





masa tengah bukak sampul tadi, ada students  nampak
depa tanya terus apa tu?
bila aku cakap komik, terus nak mintak baca
aku tak sempat nak belek kot 
tengok muka aku tak berapa nak rela, depa sembur baik punya

"kak fizah buat keja dulu..banyak tu kertas atas meja"
ok itu sengal!! hahaha 


habis baca depa komen 
kalau lagi panjang lagi menarik ni
so maksudnya apa tu ankel?

kena buat next comic lettewww


kepada ankel 
goodluck
teruskan berkarya
lukisan sangat cantik
seriously 
semoga lepas ni femessssss sampai azerbaijan!!

hahahaha


insyaAllah next comic tak sempat kokda nak order  aku dah belikan untuk dia dulu muhahaha

oh ya kalau ada yang nak beli sila tengok sini 

ok baiiiiiiiii ~


p/s : terkial-kial nak menaip entry sekarang..tapi sis cuba ;P

Wednesday, September 7, 2016

apa salah itik?


orang dengar itik ja mesti terbayang 
satu : itik gantung
dua : itik guna muncung mulut dia menyudu 
err betul ka istilah tu?? hahaaha
atau tiga : bagai itik pulang petang

pernah tak terpikir anak itik sangat comel sebenarnya??
masa dia kecik la..bila dia dah dewasa ermmmmmm




so apa kes pulak tetiba itik??
sebab orang bila dengar itik mesti tak lalu nak makan
ada la yang suka tapi peratus yang suka tu aku rasa sikit
betulkan kalau aku salah..


aku sendiri tak ingat berapa kali aku makan itik
bukan sebab tak lalu, tapi itik weh..
aku tak jumpa daging itik jual kat pasar macam orang jual ayam...
tak untung kot kan or kat kedah ni memamg tak jual daging itik


kisahnya entah bila aku tengok food wars kat channel makanan astro
ada satu episode tu dua kedai makan kat indonesia lawan itik sapa lagi sedap
nama makanan itu bebek sambal ijo 
 nampak sedap la pulak  wakakakaka




masa tu terpikir macam nak cuba
cuma tak la sampai nak terbang sampai ke indon cari bebek sambal ijo
macam aku merapu ajak kawan2 pi macau sebab nak makan egg tart hahahahaa


tapi baru-baru ni ada member ajak pi jogjakarta 
masa tu terbayang bebek sambal ijo 
tapi iman kuat , tak beli tiket heh


jadi berbalik pada itik sambal hijau tu
bila aku cerita pasal teringin nak try makan
semua buat muka tak lalu
tak lalu sebab itik
seriously people
apa salah itik??
hahahhaa

#itiktaksalah
#janganracistpadaitik


Tuesday, August 23, 2016

cari pasal


hi :)
malam ni nak cerita pasal olimpik
 sepanjang olimpik rumah aku tv tengok ke sukan saja.
ibarat macam bangun pagi sukan, malam nak tdoq pun sukan

sampai bila closing ceremony mak aku buat ayat
dah habis olimpik , pasni takdak cerita best la nak tengok malam - malam

semangat tak mak aku?? hahahahaha
mujur masa kecik-kecik dia tak suruh anak dia bersukan sampai jadi atlet
aku lari pun tak larat hahahahaa 
tapi camna aku main netball wakil sekolah dulu weh?
cikgu takdak pilihan agaknya ahahahaaa

semalam aku nampak ayah aku tengok ulangan badminton
chong wei lawan lin dan
pagi tadi masa breakfast sebelum pi keja aku tanya ayah aku

"semalam badminton sapa menang ayah?"

ayah aku buat muka tak puas hati..

aku sengih sambil suap nasi goreng

hahahahahaaha

pagi - pagi cari pasal ja kejanya 


p/s : ada sapa nak request entry sayangku kapten mukriz? haahahahaa
macam ada yang masih  baca blog ni la kan kbai 


Friday, May 6, 2016

dreams do come true


dulu entah tahun bila aku pernah update pasal nak pergi macau makan egg tart. 
tapi kawan-kawan aku pandang enteng ajakkan aku itu. 
sapa sangka ajakkan yang diayam-ayamkan oleh mereka itu jadi kenyataan
 seriously.

apa? serius la. baru balik hong kong minggu lepas.
dah pi hong kong mesti la singgah macau sekali. 





 venetian, macau. tempat impian nak sampai gara-gara tengok cerita korea wakaakkaka..
awan tu bukan awan betul tapi lukisan. so dah sampai tu,  tunggu lagi ambik gambar update IG terus. wifi free bersepah-sepah kat macau ni..


kalau nak ikut gambar kat macau ni boleh tahan banyak. itu baru first day. bayangkan kalau zaman beli kodak? mau gelak sampai ke telinga tokei kedai jual kodak tu. tapi sebab aku malas, so cukup la satu gambar kat macau..gambar-gambar kat macau tower, senado square, city of dream kalau aku letak buleh hangs PC opis hangpa nanti aku rasa..



ok nak update itu ja. 
sengal tak sengal aku dah malas nak sambung
hahahaha





 ocean park. day 3.
 aku tengah gelak macam jerung tu sebenarnya ni  hahahaa



p/s disneyland best sangat sampai aku tak tau nk cerita.kalau ada peluang pergilah sekali bawak anak2..klu takdak anak , bawak  lah diri sendiri bersama kawan-kawan bujang anda dan jangan lupa naik roller coaster yang boleh gostan balik tu syok oooo hahaaha..



Tuesday, March 22, 2016

entah.


semua dah tahu jihan muse dah kawen
comel kan??aku pun rasa dia comel 
sangat comel 
bagus la dah kawen


cuma aku tak faham 
apa kaitan jihan dah kawen dengan aku??


tak pasal-pasal  facebook aku penuh dengan komen. 
semua ni bila aku kena tagged gambar jihan kawen dengan caption
#jihandahkawen


seingat aku la kan, aku takdak bau-bau bacang pun dengan jihan 
mau sentap aku kalau sedara tapi jihan tak jemput
rugi peluang nak masuk hlive muhahahaha





tapi sebenarnya aku faham 
tapi aku buat - buat tak faham 
hahahahaa

sebab kemudian ada yang 
#fizahbila?

permainan sangat..
sat aku jawab balik

#entahtitik

hahahahaaha

kbai 

Monday, February 8, 2016

sushi, wasabi , mochi apa-apa jalah


dalam banyak-banyak makanan,
ada satu aku tak makan.
tak makan sebab memang aku tak boleh nak go dengan rasa dia
dan makanan yang bertuah  itu adalah sushi
bertuah sebab aku tak mampu nak melantak dia macam aku melantak nasik lemak
wakkakaa nampak lidah melayu asli kat situ?




wasabi?
nak tengok kejadian air mata  mengalir bak sungai gangga,
 try la bagi aku makan benda tu sekali lagi


aku rasa kan masalah aku dengan sushi ada dua
pertama : sushi ada unsur ikan dan seaweed.
kedua : sushi ada campuran cuka kan?


jadik kaitannya adalah
aku ada masalah dengan ikan.
kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok
dan selalunya tak ok dari segi rasa lah
sebab tu aku tak berapa nak cerdik.
orang suka makan ikan selalunya cerdik.
eh tetiba masuk fakta makan ikan cerdik ni dah kenapa?
hahahaa...


then makanan melayu yang campur cuka pun aku tak minat jugak
so makanan melayu tak suka apatah lagi japang


aku pernah makan mochi
sedap sebab tak rasa ikan dan seaweed wakakaka
dan aku pernah makan beef teppanyaki
jangan tanya sebab apa sedap..
beef nama pun kan bukan ikan heh
dorayaki pulak hmm sedap jugak kahkah


so soalan, "habis kalau pi jepun aku nak  makan apa sebab tak makan sushi?"
jawapannya camni
bila yang nak pi jepun tu???
wakakkakaka
kbai ~

tajuk bunyi macam  tu sebab tak tau nak letak apa :D

Wednesday, January 13, 2016

sticky note lah ~


sticky note lah ~
 ada banner baru kat situ
tahir tanya camna hang buat?
aku jawab sambil baring ja aku buat tu wakakkaka
kerekkkkkk tak hengat punya jawapan 
sakit hati tak baca ?? haahhaha



apapun aku terdelete semua gambar dalam blog ni sebenarnya
termasuklah gambar banner zaman muda - muda aku dulu tu 
maybe kalau lima tahun lepas terdelete camni gelabah sedih agaknya
sekarang? alang-alang delete blog terus la
takdak perasaan hahahaha
tapi biar la dulu. banyak memori kat sini
banyak cerita sebenarnya :)



yep, 
dah masuk tahun baru.
 tak yah nak wish la kot 
dah masuk tengah bulan januari pun
gaji pun tak berapa hari  lagi nak masuk
hamboih awal sebut pasal gaji 
tu maksudnya apa tu??
hahahaha


so aku dan 2016?
heh..
go with the flow ~
nampak???



;)