Monday, February 8, 2016

sushi, wasabi , mochi apa-apa jalah


dalam banyak-banyak makanan,
ada satu aku tak makan.
tak makan sebab memang aku tak boleh nak go dengan rasa dia
dan makanan yang bertuah  itu adalah sushi
bertuah sebab aku tak mampu nak melantak dia macam aku melantak nasik lemak
wakkakaa nampak lidah melayu asli kat situ?




wasabi?
nak tengok kejadian air mata  mengalir bak sungai gangga,
 try la bagi aku makan benda tu sekali lagi


aku rasa kan masalah aku dengan sushi ada dua
pertama : sushi ada unsur ikan dan seaweed.
kedua : sushi ada campuran cuka kan?


jadik kaitannya adalah
aku ada masalah dengan ikan.
kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok
dan selalunya tak ok dari segi rasa lah
sebab tu aku tak berapa nak cerdik.
orang suka makan ikan selalunya cerdik.
eh tetiba masuk fakta makan ikan cerdik ni dah kenapa?
hahahaa...


then makanan melayu yang campur cuka pun aku tak minat jugak
so makanan melayu tak suka apatah lagi japang


aku pernah makan mochi
sedap sebab tak rasa ikan dan seaweed wakakaka
dan aku pernah makan beef teppanyaki
jangan tanya sebab apa sedap..
beef nama pun kan bukan ikan heh
dorayaki pulak hmm sedap jugak kahkah


so soalan, "habis kalau pi jepun aku nak  makan apa sebab tak makan sushi?"
jawapannya camni
bila yang nak pi jepun tu???
wakakkakaka
kbai ~

tajuk bunyi macam  tu sebab tak tau nak letak apa :D