Friday, August 18, 2017

adiwiraku


pernah tengok Adiwiraku?
Movie pasal true story
kisah Teacher Cheryl 
dan students SMK Pinang Tunggal 




masa filem ni tengah tayang  dulu aku pernah rasa nak tengok
sebab fafau kecoh dan fazleena cakap filem ni bagus
tapi sebab aku bukan kaki wayang niat tu berlalu cengitu je lah heh


tapi kemarin opismate mintak aku tolong tengok
then buat soalan-soalan untuk task students activity hari ni
biasa la new students, awal - awal ni kita bagi happy dulu
layan movie tapi movie-movie ilmiah camni la muhahaha


lepas tengok, ini pendapat aku 
filem-filem camni memang susah nak buat orang masuk panggung
even sebenarnya inila cerita pasal realiti hidup kita
tak jumpa kisah orang koperat bisnes juta-juta weh
or drama trend sekarang yang komen mesti keluar gambar semut 
sebab gula tumpah ;P
eh tau, nampak sangat stalk IG wakakaka


tapi yang jumpa adalah kisah 
budak-budak sekolah kampung di kedah 
yang cakap kedah pekat baq hang
yang tak suka english
yang tak minat english
yang family bukan orang senang


bukan orang senang maksudnya kat sini sangat susah
tahap mana susah tu sila la tengok
kalau tak tumpah ayaq mata cukup la kalau bergenang ayaq mata
sebab ni adalah kisah benar
2017 tapi masih ada yang tak cukup makan
tapi masih jumpa jalan untuk ke sekolah 


itu belum masuk semangat Teacher Cheryl dan Teacher Constant
mengajar untuk sukakan English 
dan masuk pertandingan choral speaking
ko mampu? aku pun tak mampu hahahaha
tapi budak-budak tu mampu buat 
tapi miracle la kalau dapat juara 
nombor 5 dari 25 sekolah 
itu adalah pencapaian!!
kalau bukan kisah benar kompom dah juara heh!


aku tak ingat semua watak tapi aku boleh senaraikan watak yang terkesan dihati

.alia dan kemboja.
aku taktau camna kalau aku kat tempat depa
matang sebelum usia. mana nak cari?


khairi alololo
si pemakai bateri ni semangat dia kuat
dia sakit jantung tapi nak juga masuk choral speaking
cikgu cheryl takut dia collapse ja ha 


iqbal
my favorite 
mungkin juga favorite ramai orang
ceria.rajin.comel
tapi dia pergi dulu 
~ Al-Fatihah ~


satu lagi pasal pinang tunggal 
aku pernah sampai sekali 
tapi reaksi aku masa tu macam aku orang kolompo
yang bukan duduk kedah 
macam tak pernah tengok bendang
kampung ni sangat cantik. 
pergi la waktu sawah menghijau
lawa dowh hahaha


Friday, August 4, 2017

sebenarnya aku suka


haiii
wah update lagi??
ahahahahaha 
mood apa kah


sebenarnya dah lama aku nak update
sebab sebenarnya aku suka menulis
menulis??bukan menaip??
ahahaaha dah lama tak sengal!! 


menulis kat blog lain
tak sama macam menulis kat instagram
cececece  ayat hohoho


tak sama macam kat twitter 
twitter 140 aksara ja pun 
nak menulis apanya
nak lepas geram pasal keja ok la situ 
sebab takdak sapa baca wakakakkakaa
or sekali sekala meroyan tengok drama melayu 
gara-gara pengaruh trending
ayat mengundang bahan ~


and of course la bukan kat facebook
sangat la tidak heh


jadi 
motif update ni tu jalah??
nak habaq kata suka menulis??
hahhaahahaha


camtu la kot
kbai :)

Saturday, July 29, 2017

teringin



ada masa teringin gila nak makan megi 

bila dah makan tak mampu nak habis pulak 

perangai apakah ini???



feberet megi aku


k nak update tu ja 

bai :)

bukan ada sapa nak baca pun hahaha ~ 




Sunday, February 19, 2017

taktau tajuk


entry saja-saja update sebab aku cuti harini
sila baca kalau anda tak sengaja masuk blog ni
wakakaakka


5 drama korea best pernah aku tengok
pilihan aku bukan pilihan hampa..
jadi jangan kata
"drama tu pun best??"
kalau  nak rasa best
sila buat entry
 5, 10 atau 20 drama best anda sendiri wakakaka




the moon embracing the sun



drama ni zaman aku dah tak gila korea. tapi sebab aku tertengok dekat tv aku rasa macam best la pulak. ternganga tengok korea pun rupanya ada pawang boleh hantar jampi-jampi serampah guna angin wakakkaa..jadi akak bagi 5 bintang drama ni..hero sorang pun aku tak kenal.bukti aku tengok sebab kualiti drama bukan sebab hero plastic surgery hokeh!!


beethoven virus



nampak gambar kat atas tu??
pada sapa yang pernah tengok dan
rasa awat pengarah buat depa putus, kita geng!!
tak puas hati tul aku wakakaka..
aku tak tau nak tulis kenapa drama ni best
jalan cerita lain kot maybe ..
sikit ja bab cinta banyak pasal orchestra
dan sampai sekarang aku suka ost drama ni,
 can you hear me ~


reply 1997


1997 zaman baru nak membesar
zaman pakai internet dial up, disket
reply 1997 bukan drama korea tangkap leleh
pendek cerita drama ni story pasal first love, family and friendship
dan first love selalu menang !!
sebab dari 16 episodes ,
15 episodes adalah teka teki sapa husband heroin hahaha


reply 1988


bosan dengan watak
hero korea melampau sangat kaya??
heroin yang kena tindas ala-ala cinderella??
orang ketiga yang degil nak dekat hero/heroin??
ayah yang bengis reject gf hero??
jiran sebelah yang saling mendengki??
jangan risau 1988 adalah bebas watak-watak tersebut
jangan tanya pasal love story dalam reply 1988
sebab kisah cinta cuma 1%
99%  lagi kisah
friendship yang power
family yang real
jiran yang sangat caring
tapi dalam satu peratus pun love story,
ramai ja meroyan dengan pilihan heroin wakakaka
tapi bukan aku ler ~



descendants of the sun



kemon la..descendants of the sun kot !!
nak tulis apa lagi??
camera angle cantik giler
ost best-best semua
hero heroin tak yah cakap ler
aku layan drama ni sampai
scene tak logik pun aku boleh buat tak nampak ja wakakaka
adakah penangan song joon ki??



descendants of the sun masa tengah femes..masa ni kat tsim tsa sui HK ~


cukup lima
lebih-lebih tu aku tak ingat hahaha
ada yang best tapi maybe aku tak pernah tengok



jika ada yang terbaca entry ni
anda boleh tulis 5 drama pilihan anda di komen
if ada la..zaman sekarang sapa yang baca blog??
baik follow bujibu ya tak??
haha kbai