Friday, January 24, 2020

Goodbye my Princess


hi 2020!
tak best update pasal kereta terbang 
percaya sangat movie back to future dah kenapa?
kan dah kena tipu
hahahaa


memandangkan esok CNY
elok la kita bercerita pasal benda yang ada kaitan 
contohnya kegigihan aku bersengkang mata 
sampai tersenguk - senguk marathon 
drama goodbye my princess
52 episodes oii 
tak pernah dalam sejarah 
puncanya cut scene tragic ending kat bawah ni!!



so dah tau la ending dia bukan happy ending 
prince and princess tak hidup bahagia forever and ever 
macam drama dongeng anak raja lain 


tapi prince Li Chenyin
hero drama ni hidup dalam penyesalan sampai akhir hayat
merindui isteri princess Xiaofeng


kenapa jadi camtu?
Li Chenyin anak raja lelaki nombor 5 
Kingdom Li nama negara depa
dia bukan jahat sangat pun sebenarnya
tapi dia berdendam dengan maharani 
maharani bunuh mak dia sebab gundik kesayangan maharaja
and maharani takdak anak 
jadi lepas bunuh gundik kesayangan raja 
dia jaga Li Chengyin ni macam anak sendiri
atau dalam bahasa istana
dia nak jadikan prince Li Chenyin ni next maharaja
untuk secure kedudukan dia




dia ingat budak tu tak tau?
 Li Chengyin pun ceredik
depan maharani dia pijak semut tak mati
baik sungguh la
padahal belakang maharani
dia ada orang hebat 
Chai Mu ex pembesar negara 
yang kena fitnah dengan pakcik maharani 
sampai satu keluarga kena bunuh 
jadi cari jalan untuk balas dendam
itu yang dia berpakat dengan Li Chenyin sebab musuh sama


pakcik maharani pun pembesar negara juga
tapi masa ni aim Li Chenyin bukan nak jadi raja sangat
dia nak balas dendam kat family maharani sebab bunuh mak dia ja
dia anak laki nombor lima kot
ada  empat lagi abang kat atas


masa abang sulung dia mati kena serang hendap dengan  assassin dari negara Danci 
Li Chengyin ada sekali, dia selamat even badly injured
abang dia korbankan diri  pastu suruh Li Chengyin lari 
masa dia injured tu dia tersadai dekat padang pasir
princess Xiaofeng lah yang jumpa dan selamatkan dia


princess Xiaofeng ni puteri raja Western Xi State
kebetulan cucu kepada raja negara Danci (sebelah mak dia)
yang bunuh abang sulung Li Chengyin tadi




Xioafeng masa ni nak larikan diri
sebab ayah dia paksa kawen demi politik dua negara
tahu dengan anak raja mana?
 crown prince Li Kingdom (abang Li Chengyin) haha
even abang sulung dah mati
dia tetap kena kawen dengan mana-mana bakal crown prince 
konsepnya redha demi keselamatan negara 


character Xiaofeng ni cute, naive tapi boleh tahan degil 
itu yang Li Chengyin berkenan tu
tapi dalam berkenan tu dendam tetap dendam
dia nak bunuh dan hapuskan negara Danci sebab bunuh abang dia
lagipun Li Kingdom (negara Li Chengyin) dengan Danci State (negara tokwan Xiaofeng)
memang dah lama bermusuh
selain dari balas dendam untuk abang dia
Li chengyin akan dapat kredit or bonus mark untuk jadi prince crown 
kalau berjaya hapuskan Danci State ni 


tapi bagaimana?
caranya adalah gunakan Xiaofeng
Li Chengyin tak dedahkan dia anak raja Li Kingdom
tapi dia saudagar teh dengan nama Gu Xioawu
Xiaofeng kan puteri raja
so dia ada cikgu khas nama Gu Jian 


Senyap-senyap Xiaofeng suka kat master Gu Jian ni
Gu jian pun suka gak kat Xiaofeng tapi dia tak boleh nak mengaku 
apatah lagi membalas cinta Xiaofeng ah gitu


tau sebab apa? sebab dia sepupu Li Chengyin (sebelah mak kandung)
dan dia anak angkat kepada Chai Mu 
orang besar di belakang Li Chengyin tadi tu kalau ada yang confuse ya 
role dia kena bantu Li Chengyin untuk hapuskan Danci State
dan balas dendam hapuskan Family Maharani tadi 


jadi dalam perjalanan Xiaofeng nak lari pi Danci State
untuk jumpa tokwan dan elak kena paksa kawen
Gu Jian ni lah yang temankan
dan pada masa yang sama Gu Jian bawa bersama
Gu Xiaowu (Li Chengyin) atas alasan sepupu




dalam perjalanan ni lah slowly
Xiaofeng jatuh cinta dengan Gu Xiaowu
Gu Xiaowu ya bukan Li Chenying
even mereka adalah orang yang sama


Xiaofeng kan naive 
dia tak tahu dia sedang dipergunakan 
oleh dua orang 
satu : orang yang dia pernah suka 
dua : orang yang dia bakal cinta sampai mati


 bila dah sampai ke Danci State 
Li Chengyin berjaya takluk hati king of Danci State (tokwan Xiaofeng)
lepas dah takluk hati si gadis dan tokwan gadis 
agak-agak tunggu apa lagi??
kawen buat kenduri sakan la




masa ni la tentera-tentera Li Kingdom masuk serang Danci State
dalam keadaan tentera tidak bersedia untuk berperang apa lagi yang tinggal?
yep Kepala King of Danchi State


Li Chengyin, ya memang dia cintakan Xiaofeng 
tapi dia juga takmau lepaskan Li Kingdom


Di saat Li Chengyin penggal kepala King of Danci 
Xiaofeng saksikan segalanya
sebelum jatuh rebah




bersambung
52 episodes oiii
ni baru separuh jalan cerita
bila-bila aku sambung
itu pun kalau ada yang nak baca hahaha

kbai 


Sunday, October 27, 2019

hua hin kat mana?


hai
aku baru balik siam
siam lagiiii!
hahaha


ya thailand tu besaq
banyak lagi daerah tak sampai
tapi semua makan tomyam yang sama
dan juga siakap tiga rasa hahaha
jadi cukup la thailand untuk aku
vibes dia sama baq hang


aku pernah sampai
krabi
hatyai/danok
hua hin


krabi ya femes sebab pulau cantik
yang ni fakta
makanan? aku cuma ingat kerabu megi dia paling sedap!!


hatyai sorga makanan
tomyam dengan ais lemon tea dia paling nyala
susah nak move on!
danok singgah sebelum sampai sempadan
perabih duit bhat kat 7E 
entah la beli apa
macam kena rasuk masuk 
meriah dia lain macam 


terbaru hua hin
aku tak tahu tempat ni wujud
kalau kawan-kawan tak beli tiket
aku rasa aku pun macam orang lain
muka berkerut tanya
hang nak pi mana fizah?
hua hin tu kat mana?
hahaha

gambar google. aku malas nak transfer gambar dari phone 


hua hin tu bandar family diraja thai lepak 
ikut yang aku baca la
dua jam dari bangkok
ada direct flight from kl
tapi dua jam juga la bosan dalam flight tu
aku flight aor - kul sejam pun bosan kah


oh ya hua hin ni memang aku tak leh brain
makanan dia tak pedas langsung ok
siam dan tak pedas?
tak link weh tak link hahaha
tapi pasar malam dia happening 
7E? meriah macam selalu


tapi kalau suruh aku describe pasal hua hin
 aku rasa aku jawab overrated 
alang-alang fly ke thailand elok lajak ke bangkok terus
at least orang tak tanya bangkok tu kat mana?hahaha
kbai 

Sunday, September 22, 2019

dah kenapa semua nak berkorban?


  rahsia hati perempuan
serious ni drama tahun lepas
aku siap pernah gelakkan kak aku sebab dia stress dengan ending 
aku tak follow satu episode pun time tu
even hero pun tak kenal sebenarnya 

tiba - tiba 2019 
drama ni lalu kat IG aku
dan aku dah kenal sapa hero dia sekarang haha
so aku pun tengah bosan
jadi moh la kita tengok
sebab apa orang marah sangat dengan endingnya 

tiga episode pertama aku terhibur
suka tengok bromance mika dengan zain
zain frust bakal bini lari hari nikah
dapat bff sengal macam mika nasib la 
alang-alang pakej honeymoon dah beli 
pergi juga la zain ke perth cuma bukan dgn bini la
tapi bff sengal mika 
masa ni jalan cerita smooth dan kelakar 
sis terhibur 

so masa kat perth mika, zain terserempak dengan ili dan arissa
dan drama hindustan pun bermula
ili , mika dan zain adalah sejarah 15 tahun yang lampau
ili dari kecik suka mika dan masih sukakan mika
so bila jumpa balik?? ko rasa??
tapi mika tetap mika
tak pernah tunjuk dia sukakan ili
zain?? memang dari kecik sukakan ili 
arissa?  mika adalah cinta pandang pertama dia

so konfliknya bila ili throwback pasal surat 
ya surat yang mika reply pada dia masa dia baru pindah ke perth 
mika buat tahu sedangkan zain yang tolong replykan
tu cerita zaman kecik sebelum lost contact
masalah bila  zain and mika balik malaysia
bila ili wasep , zain yang reply
zain suka ili
ili suka mika 
mika?

suka ili tapi tak pernah nak mengaku
bila dah mengaku suka benda dah parah 
zain dah kantoi dgn ili
pasal surat, pasal wasep
dan ili dah sedar dia suka zain bukan mika
zain tahu
ili tahu
arissa tahu
tapi mika tak tahu
semua pilih untuk rahsiakan
sebab mika sakit 

so camna dengan arissa?
arissa dalam drama ni adalah mangsa
mangsa kerana terlalu baik
berkorban untuk semua orang

berkorban untuk tak suka mika demi ili
berkorban untuk sanggup kawen dengan zain 
sebab nak tolong zain buat ili kawen dengan mika
then aku stop tengok gaissssss! hahaha
penat semua nak berkorban 
apa ni??
then aku terus tengok episode last
sedih untuk mika dan arissa la pulak

jadi aku sambung tengok skip-skip
tak semua episode tapi untuk faham kenapa ending macam tu
hahahaha gigih!

tapi nanti la aku sambung
kang jadi panjang pulak
bosan pulak orang nak membaca
macam ada la orang nak baca pun kah 

kbai




Monday, September 9, 2019

masih begitu ~



rindu merapu kat sini 
sangat 
tapi faktor usia kot
nak merapu takdak cerita dah 
hahaha


nak guna nama stickynote tu pun rasa malu 
remaja sangat bunyinya

stickynote?
ya masih,
masih begitu  ~ 




kenapa hujan?
sebab masa menaip ni tengah hujan..


Friday, December 28, 2018

oh 2018 ku



2018 dah nak habis. 
kerja tak habis habis haha
sebab aku gagal siapkan kerja harini
maka tak dapat la nak cuti isnin depan
jadi marilah kenang cerita 2018 dengan 
hashtag oh 2018 ku


aku mula dengan cerita travel lah
tahun ni rezeki berjalan sampai ke lombok
beli tiket promo setahun kot
dan di saluran yang betul hokeh haha
maka selamatlah sampai sana bulan tiga haritu
nak cakap apa pasal lombok selain lawa gila?
tapi lepas gempa tu tak tahu la apa khabar lombok
hashtag harap semua baik -baik saja ~


tahun ni  dua kali merayap ke hatyai
buat perangai macam balik kampung sendiri 
bukan buat apa sangat pun kat sana tu
makan ja kejanya haha
siap plan nak pergi lagi lajak sampai ke songkla
tapi dah dengar cerita songkla kena bom 
acaner nak pi tu??
patung duyung dah hilang badan uuiiii
tapi tetap tersenyum usap rambut 
positifnya dia 
hashtag saya bergurau mohon jangan kecam 


oh ya, tahun 2018 juga merasa pengalaman kena scam 
atau dengan lebih tepat lagi kena scam dengan kawan
ingat senang nak kena scam dengan kawan sendiri??
tapi tak guna pun nak marah -marah
tak berbaloi. 
ok berbaloi sikit jalah. 
sikittttt! 
untuk hilangkan sakit hati
tapi tak selesai pun masalah 
baik lagi berdoa  one day dia sedar 
dan faham - faham sendiri lah nak buat apa lepas tu 
hashtag aku ikhlas 
hahahaha


ok move on!

dan 2018 juga aku masih single
angkat kening dan taip
hashtag encik ngok ngek aku belum muncul hahaha


kbai

Sunday, December 23, 2018

akhirnya


Hong Kong
Macau
Langkawi
Krabi
KL
Sabah
Lombok
Bukit Bendera


akhirnya 
rabak di Padang Besaq
lekang dah tapak 
hujan lebat haritu
redah hujan 


kotak bawah tu kasut lain..masih pakai pi kerja  ~ 

terima kasih berkhidmat dua tahun
sampai lusuh aku kejakan dia

jogging pun aku lanyak dia wakakaka
 event color run kat kolej pun dia mangsa aku
sebab aku ada satu kasut saja

jenis aku
beli satu kasut pakai sampai lunyai
berbaloi la dengan harga kot
even sneakers paling murah dalam studio time tu hahaha



kbai :)



Friday, August 18, 2017

adiwiraku


pernah tengok Adiwiraku?
Movie pasal true story
kisah Teacher Cheryl 
dan students SMK Pinang Tunggal 




masa filem ni tengah tayang  dulu aku pernah rasa nak tengok
sebab fafau kecoh dan fazleena cakap filem ni bagus
tapi sebab aku bukan kaki wayang niat tu berlalu cengitu je lah heh


tapi kemarin opismate mintak aku tolong tengok
then buat soalan-soalan untuk task students activity hari ni
biasa la new students, awal - awal ni kita bagi happy dulu
layan movie tapi movie-movie ilmiah camni la muhahaha


lepas tengok, ini pendapat aku 
filem-filem camni memang susah nak buat orang masuk panggung
even sebenarnya inila cerita pasal realiti hidup kita
tak jumpa kisah orang koperat bisnes juta-juta weh
or drama trend sekarang yang komen mesti keluar gambar semut 
sebab gula tumpah ;P
eh tau, nampak sangat stalk IG wakakaka


tapi yang jumpa adalah kisah 
budak-budak sekolah kampung di kedah 
yang cakap kedah pekat baq hang
yang tak suka english
yang tak minat english
yang family bukan orang senang


bukan orang senang maksudnya kat sini sangat susah
tahap mana susah tu sila la tengok
kalau tak tumpah ayaq mata cukup la kalau bergenang ayaq mata
sebab ni adalah kisah benar
2017 tapi masih ada yang tak cukup makan
tapi masih jumpa jalan untuk ke sekolah 


itu belum masuk semangat Teacher Cheryl dan Teacher Constant
mengajar untuk sukakan English 
dan masuk pertandingan choral speaking
ko mampu? aku pun tak mampu hahahaha
tapi budak-budak tu mampu buat 
tapi miracle la kalau dapat juara 
nombor 5 dari 25 sekolah 
itu adalah pencapaian!!
kalau bukan kisah benar kompom dah juara heh!


aku tak ingat semua watak tapi aku boleh senaraikan watak yang terkesan dihati

.alia dan kemboja.
aku taktau camna kalau aku kat tempat depa
matang sebelum usia. mana nak cari?


khairi alololo
si pemakai bateri ni semangat dia kuat
dia sakit jantung tapi nak juga masuk choral speaking
cikgu cheryl takut dia collapse ja ha 


iqbal
my favorite 
mungkin juga favorite ramai orang
ceria.rajin.comel
tapi dia pergi dulu 
~ Al-Fatihah ~


satu lagi pasal pinang tunggal 
aku pernah sampai sekali 
tapi reaksi aku masa tu macam aku orang kolompo
yang bukan duduk kedah 
macam tak pernah tengok bendang
kampung ni sangat cantik. 
pergi la waktu sawah menghijau
lawa dowh hahaha